Pasukan mewakili Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) 鶹Ƶ (UMS) berjaya menjuarai Piala FA UMS yang julung kali dianjurkan sempena Liga Sukan UMS 2023/2024.
Pada perlawanan akhir, pasukan KKTF berjaya menewaskan pasukan Fakulti Kejuruteraan dengan jaringan 2-0 yang berlangsung di Stadium UMS di sini Sabtu lalu.
Turut diadakan pada saingan liga itu adalah Liga Premier UMS; Liga UMS; Liga Futsal Wanita UMS 2023 dan Liga Bola Tampar UMS.
Bagi saingan Liga Premier UMS, pasukan mewakili Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dinobatkan sebagai juara dan diikuti Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) ditempat kedua dan ketiga dimenangi KKTF.
Juara Liga UMS berjaya dimenangi Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan tempat kedua dimenangi Kolej Kediaman Non resident (KKNR).
Manakala tempat ketika bagi Liga UMS dimenangi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).
Sementara itu, pasukan mewakili KKTPAR turut menjuarai Liga Futsal Wanita UMS selepas menewaskan Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) di tempat kedua dan KKTF ditempat ketiaga.
KKTPAR sekali lagi menjuarai Liga Bola Tampar UMS selepas menewaskan pasukan KKTM di tempat kedua dan FPEP ditempat ketiga.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS Prof Madya Dr Raman B Noordin.



Penyedia transformasi digital, teknologi dan perkhidmatan di Asia Tenggara, Neurogine Group of Companies telah bekerjasama dengan 鶹Ƶ (UMS) untuk menubuhkan makmal teknologi di Labuan.
Graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset negara yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.
Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) 鶹Ƶ (UMS) diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HiCoE) bagi penghasilan benih ikan marin yang bernilai tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan peruntukan tambahan RM2 juta bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di 鶹Ƶ (UMS).