鶹Ƶ

Konvo webSABTU, 23 NOVEMBER - Seramai 4,553 graduan 鶹Ƶ (UMS) diraihkan pada Majlis Konvokesyen ke-15 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin yang juga Canselor UMS menyampaikan ijazah kepada 447 graduan pada sidang pertama pagi tadi, manakala sebanyak 452 graduan menerima ijazah daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman merangkap Pro-Canselor UMS pada sidang kedua, di sebelah petang.

Selebihnya akan menerima ijazah masing-masing pada sidang ketiga hingga keenam yang bersambung esok dan berakhir pada Isnin.

Semasa merasmikan sidang pertama hari ini, Tun Hj. Juhar berkata, gelanggang persaingan yang ada di depan mata hendaklah diisi dengan keyakinan, pengetahuan dan kemahiran. Katanya, banyak usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti awam dengan memberi penekanan dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dengan memperhebatkan lagi program-program bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah.

“Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah kemahiran insaniah. Saya percaya, kemahiran insaniah adalah antara isu yang menjadi fokus utama dalam pengajian di universiti-universiti tempatan, sama ada secara langsung ataupun tidak,” ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, situasi global pasaran kerja pada masa kini memperlihatkan para majikan bukan sahaja memerlukan pekerja yang mempunyai kelayakan akademik semata-mata, bahkan menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah, kepemimpinan, pengurusan selain bijak dan memiliki kebolehan berfikir, bertindak secara tuntas, pantas dan praktikal.

Konvokesyen kali ini turut menyaksikan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) di samping penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada bekas Naib Canselor UMS, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin. Turut mendapat gelaran Profesor Emeritus ialah bekas Pensyarah Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS, Prof. Dr. Sabihah Osman yang tidak berkesempatan hadir pada majlis tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika berucap dalam sidang kedua menasihatkan graduan supaya memanfaatkan ilmu sebagai pembudayaan hidup ke arah kebaikan sejagat.

"Ilmu adalah cahaya dalam memberi sinar penunjuk jalan buat menemani hidup yang fana di atas pentas dunia yang bersifat sementara ini. Marilah kita sama-sama mengharungi kesempatan hidup untuk mengamalkan kebaikan sebagai pembentuk citra beradab, sopan santun, saling memahami, menerima kekurangan adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan lambang kerendahan hati sebagai orang yang berilmu,” katanya lagi.

Turut hadir, Pro-Canselor UMS, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Ting Lay dan Pegawai-pegawai Utama UMS. -SS


Bahagian Media
Jabatan Canselori

Hamid-Noh 1SATURDAY, 23 NOVEMBER鶹Ƶ (UMS) continues to show a steady improvement from time to time because of its leaders who are capable and far-sighted.

This was echoed by the former Chairman of UMS Board of Directors, Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh when met by reporters after receiving the Honorary Doctor of Philosophy (Management) at UMS 15th Convocation Ceremony which starts today.

Referring to all past and present Vice-Chancellors who were and still is at the helm of this EcoCampus University, he said that their efforts and commitment in managing the university well had enabled it to boast of the many successes achieved.

“I believe that all these achievements are the results of the commitments of the Vice-Chancellors who were good and who had high leadership quality,” he added.

Meanwhile, former Vice-Chancellor of UMS, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin said that UMS had improved in so many aspects.

“Before, this university were overshadowed in the medical field. Now, UMS has produced medical doctors every year and they even have their own school building. Besides that, I can see that postgraduates students are on the increase. Congratulations!,” he said when met after receiving his Emeritus Professor award during the Convocation Ceremony.

A total of 4,553 graduates received their scrolls at the Convocation Ceremony which will end on Monday. – SS



Media Division
Chancellery Department





Gadang-0006JUMAAT, 22 NOVEMBER - Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin telah berkenan merasmikan Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen鶹Ƶ (UMS) ke-15 yang berlangsung esok sehingga Isnin depan.

Beliau yang juga merupakan Canselor UMS menyempurnakan lafaz perasmian semalam di Padang Kawad PALAPES yang menjadi lokasi Tamu Gadang sehingga 25 November 2013.Hadir sama, Toh PuanDatukSeri Panglima HajahNorlidah Datuk R.M. Jasni; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi; Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Datuk Dr. Hj Kasim Md Mansur dan Pegawai-Pegawai Utama UMS.

Terdahulu, Datuk Dr. Hj Kasim dalam ucapannya berkata, Tamu Gadang pada kali ini lebih meriah apatah lagi buat julung kalinya dianjurkan di kawasan yang luas dengan sajian pelbagai aktiviti yang menarik.

Tambah beliau, penganjurannya yang menjadikan pelajar sebagai pengendali utama itu juga amat bertepatan dalam memastikan peningkatan kemahiran insaniah sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing dan berminda kelas pertama.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pameran kereta dan motor berhias, Family Cycling, pertandingan memancing dan banyak lagi. Tamu Gadang tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Ana Rafali, Lan The Typewritter, Felix Agus, Velvet AF, Nelly Sakura, Fiq Mentor, Fitri Harris, Heliza AF, Ray Juara Bintang RTM, Muaz dan Lotter AF.

Selain itu, sebanyak 200 gerai pameran dan jualan turut disediakan bagi para pengunjung dan graduan yang bergraduasi. –SS


Bahagian Media
Jabatan Canselori

tamJUMAAT, 22 NOVEMBER 2013 - Penganjuran Tamu Gadang yang menjadi salah satu komponen penting dalam Majlis Konvokesyen 鶹Ƶ (UMS) kini kembali menemui warga masyarakat khasnya di Kota Kinabalu.

Pelbagai aktivit yang diselitkan pada setiap hari selama penganjuran Tamu Gadang bagi menarik lebih ramai pengunjung dari kalangan warga kampus dan penduduk setempat.

Seorang penggerai, Siti Zurainah Syafie ketika ditemui berkata, penganjuran Tamu Gadang membuka ruang dan peluang yang luas untuk para peniaga memperkenalkan dan menjual produk-produk mereka.

“Sebagai salah seorang peniaga, saya berasa sangat teruja setiap kali Majlis Konvokeysen UMS diadakan. Penganjurannya setiap tahun ditunggu oleh kami, para peniaga dan juga para pengunjung,” katanya.

Beliau juga turut berpendapat acara Tamu Gadang akan lebih meriah dan mendapat sambutan luar biasa sekiranya acara tersebut dimasukkan ke dalam kalendar acara pelancongan Sabah.

Seorang lagi penggerai, Azuandi Azman berkata, selain aktiviti jual beli, Tamu Gadang dilihat sebagai salah satu acara yang dapat merapatkan jurang di antara masyarakat dan institusi ilmu.

“Sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini, saya merasakan mereka yang berkunjung ke Tamu Gadang secara tidak langsung berpeluang untuk merasai persekitaran institusi ilmu yang gah seperi UMS,” ujarnya.

Penganjuran Tamu Gadang pada tahun ini bermula pada 21 November 2013 (Khamis) sehingga 25 November 2013 (Isnin).-ZMD

Bahagian Media
Jabatan Canselori
 

mou andalasKHAMIS, 21 NOVEMBER – UMS telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Universiti Andalas (UNAND) dan Standard Chartered Siddiq Berhad (SCSB) pada satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dengan kedua-dua agensi tersebut di Galeri Majlis, UMS.
 
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah mewakili UMS menandatangani MoU tersebut, manakala UNAND diwakili oleh Rektor UNAND, Dr. H. Werry Darta Taifur dan SCSB diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Tuan Hj. Mohd Nasiruddin Mohd Kamaruddin. Upacara tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi dan Konsul Besar Republik Indonesia, Soepeno Sahid.
 
Melalui kerjasama tersebut, UMS akan memperbaharui semula kerjasama yang terjalin dengan UNAND yang dilakukan pada tahun 2005 merangkumi kerjasama program mobiliti pelajar, perkongsian pengetahuan, kebudayaan dan kepakaran antara kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.
 
Manakala kerjasama UMS dengan SCSB bakal melibatkan penglibatan kedua-dua pihak dalam satu program ciptaan SCSB, iaitu “Mystery Shopper & Calling Exercise” yang akan menyaksikan pelajar-pelajar UMS akan diberi tugasan sebagai pelanggan berpotensi SCSB dan akan menjalankan lawatan atau membuat panggilan telefon ke cawangan SCSB.
 
Terdahulu, Datuk Harun dalam ucapannya berkata, kejayaan kerjasama yang terjalin pada MoU kali pertama antara UMS dan UNAND pada 2005 mendorong UMS memperbaharui kerjasama tersebut untuk manfaat kedua-dua pihak. Jelasnya, UMS juga komited untuk menjalin kerjasama dan mengeratkan rangkaian dengan pemain industri seperti SCSB.
 
“Antara pencapaian yang terhasil dalam kerjasama UMS-UNAND sebelum ini ialah penganjuran siri persidangan antarabangsa Asian Academy of Applied Business, selain 2 orang pensyarah dari UNAND telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Doktor Falsafah di UMS.”
 
“Melalui kerjasama dengan SCSB pula, penglibatan pelajar UMS dalam program SCSB akan memberi mereka pendedahan terhadap pengetahuan dalam bidang perbankan dan kewangan Islam, serta memberi peluang kepada mereka mengasah kemahiran komunikasi dan pemasaran,” katanya. -MA-


Bahagian Media
Jabatan Canselori