- News link/v5/ms/arkib-berita-2Sun, 06 Jul 2025 07:12:23 +0800 - Open Source Content Managementms-mywebtech@ums.edu.my (Laman Rasmi UMS)Project Heart to Hospitality Perkukuh Jalinan Siswa UMS dan Komuniti Di Bongawan/v5/ms/arkib-berita-2/17280-project-heart-to-hospitality-perkukuh-jalinan-siswa-ums-dan-komuniti-di-bongawan/v5/ms/arkib-berita-2/17280-project-heart-to-hospitality-perkukuh-jalinan-siswa-ums-dan-komuniti-di-bongawan

Inisiatif Project Heart to Hospitality (PHoH) oleh kumpulan pelajar Program Pengurusan Hospitaliti, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) mampu memperkukuhkan jalinan antara pelajar universiti bersama komuniti setempat menerusi aktiviti yang dilaksanakan.

Program tersebut telah memilih Kampung Seri Serbang, Bongawan sebagai lokasi untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Audray Pedroso, program anjuran pelajar Kursus Pengurusan Acara Hospitaliti dan dipimpin pensyarah FPEP, Marry Tracy Anak Pawan itu menjadi satu platform pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar bersama komuniti setempat.

“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan yang bertujuan memperkasa nilai insaniah serta keterlibatan sosial pelajar dalam mendekati masyarakat luar bandar

“Ini sekali gus mampu membantu mencapai objektif dalam menyemai semangat kepimpinan, memperkaya kemahiran komunikasi serta mempererat hubungan antara mahasiswa dan komuniti setempat melalui aktiviti interaktif dan sukarelawan,” katanya.

Audrey turut memaklumkan, antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti pembinaan sudut permainan di Tabika KEMAS Kampung Seri Serbang, gotong-royong mengecat Surau Al-Hidayah serta pembinaan tugu kenangan pelajar UMS.

“Aktiviti ini turut melibatkan sesi bersama penduduk kampung dan pengagihan Bakul Rahmah kepada golongan yang memerlukan, yang melibatkan 20 buah keluarga sebagai penerima.

“Turut menjadi tarikan ialah sesi riadah dan kebudayaan seperti River Cruise & Firefly Viewing di Anjung Peranginan Seri Serbang, Sukaneka Kanak-Kanak dan Dewasa, serta Malam Nostalgia yang menampilkan persembahan pelajar dan komuniti tempatan. “Pelbagai persembahan tradisional, pertandingan, serta cabutan bertuah telah menceriakan suasana dan menggalakkan interaksi dua hala antara mahasiswa dan penduduk kampung,” katanya.

Malam nostalgia yang dijayakan juga katanya mendapat sambutan hangat daripada komuniti, selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan turut menerima penyertaan daripada pelancong dari Korea dan China khususnya sewaktu aktiviti sukaneka diadakan.

Perasmian program tersebut disempurnakan Ketua Program Pengurusan Hospitaliti Dr. Andi Tamsang Andi Kele yang mewakili Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd. Karim, serta turut dihadiri Ketua Kampung Seri Serbang, Tuan Darimin Hj Dalhan, dan wakil komuniti, Jeffery Hossil.

Program yang dijayakan oleh lebih 80 siswa UMS bersama-sama penduduk kampung itu turut menerima tajaan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Yayasan Sabah dan Qhazanah Sabah Berhad.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAFri, 20 Jun 2025 00:45:54 +0800
UMS, McDermott Meterai Kerjasama Bagi Perkukuh Pembangunan Bakat dan Keupayaan Serantau/v5/ms/arkib-berita-2/17278-ums-mcdermott-to-advance-talent-development-and-regional-capacity-building/v5/ms/arkib-berita-2/17278-ums-mcdermott-to-advance-talent-development-and-regional-capacity-building

McDermott, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat, dan 鶹Ƶ (UMS) telah memeterai satu Surat Hasrat (LoI) bagi menjalin kerjasama dalam inisiatif akademik dan industri yang bakal memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan serta pengukuhan kapasiti serantau di Sabah, yang merupakan hab tenaga utama Malaysia.

LoI tersebut merangkumi kerangka kerjasama jangka panjang yang akan melibatkan empat fakulti di UMS, iaitu Fakulti Komputeran dan Informatik, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, serta Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

Kerjasama itu termasuk penempatan industri untuk pelajar, penyelidikan bersama, projek pendidikan serta pembangunan kokurikulum bagi menyokong pembentukan tenaga kerja yang lebih mahir dan bersedia untuk industri.

Majlis pemeteraian LoI tersebut telah berlangsung bersempena dengan Persidangan dan Pameran Energy Asia 2025 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur, dan turut disokong oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam usaha memperkukuh komitmen terhadap kandungan tempatan di negara ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, menerusi kerjasama itu, UMS dan McDermott berhasrat menyelaraskan pembelajaran akademik dengan keperluan industri, selain merapatkan jurang kemahiran dan menyokong pertumbuhan mampan.

“Ini sekali gus menyokong matlamat kami untuk melahirkan graduan berimpak tinggi yang bersedia untuk menyumbang dalam sektor tenaga.

“Kepimpinan industri McDermott serta fokusnya yang jelas terhadap pembangunan serantau menjadikan kerjasama ini langkah yang bermakna ke arah memperluas peranan Sabah dalam ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan McDermott bagi Kemudahan Dasar Laut dan Terapung, Mahesh Swaminathan berkata, kerjasama ini mencerminkan pelaburan berterusan McDermott dalam masa depan Malaysia.

“Ini dilaksanakan dengan menyokong kerjasama akademik-industri dan memperkukuh keupayaan tempatan, khususnya di Sabah.

“Usaha ini selari dengan pelbagai inisiatif pembangunan kandungan tempatan dan tenaga kerja yang telah dilaksanakan di rantau ini, dan mengukuhkan komitmen kami untuk memperluas peluang di kawasan yang paling memerlukan,” katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Promosi dan Pemudahcara Pelaburan) MIDA, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja turut bersetuju bahawa kolaborasi tersebut merupakan contoh terbaik tentang bagaimana industri dan akademia boleh bekerjasama dalam menyokong visi Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi bakat bernilai tinggi dan inovasi.

“Fokus McDermott terhadap pembangunan kapasiti turut menyokong matlamat nasional untuk membangunkan sektor tenaga yang kompetitif dan inklusif di peringkat serantau,” ujar beliau.

Inisiatif kolaborasi antara kedua-dua organisasi itu turut menyokong perkongsian ilmu, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), serta penyelidikan yang sejajar dengan keperluan industri dan menyumbang kepada usaha negara untuk pertumbuhan inklusif dan pembangunan berpaksikan inovasi.

Hadir sama pada acara menandatangani LOI tersebut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAFri, 20 Jun 2025 00:32:43 +0800
UMS Anjur Seminar Martabatkan Industri Penjagaan Negara/v5/ms/arkib-berita-2/17277-ums-anjur-seminar-martabatkan-industri-penjagaan-negara/v5/ms/arkib-berita-2/17277-ums-anjur-seminar-martabatkan-industri-penjagaan-negara

鶹Ƶ (UMS) menganjurkan seminar “Beyond Care: Empowering Caregivers” bagi memartabatkan industri penjagaan negara yang berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS, baru-baru ini.

Ia dianjurkan bersama oleh Pusat Pendidikan Fleksibel UMS dan Jabatan Pembangunan Bakat UMS yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Menurut Kasim, universiti kini bukan hanya menyampaikan ilmu teori, tetapi turut berperanan melahirkan tenaga kerja mahir yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai insan.

“Kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran demografi termasuk penuaan penduduk, penyakit kronik, serta keperluan penjagaan untuk golongan warga emas dan OKU.

“Golongan penjaga atau caregiver semakin penting, oleh itu universiti mempunyai peranan strategik untuk memperkasakan mereka,” ujar beliau semasa perasmian tersebut.

Penganjuran seminar ini dilihat sejajar dengan dasar negara seperti Dasar Warga Emas Negara, Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dan dasar kesihatan awam.

Kasim turut memuji peranan Pusat Pendidikan Fleksibel UMS yang proaktif menawarkan program pensijilan dalam bidang penjagaan bagi memperluaskan akses Kepada latihan kemahiran.

“UMS ingin tampil bukan sahaja sebagai pusat pendidikan formal, malah sebagai pusat rujukan komuniti dan inovasi sosial.

“Kita mahu menjadi pemacu kepada pembangunan industri penjagaan negara” katanya lagi.

Cabaran dalam membina ekosistem penjagaan yang lebih mampan dan berdaya saing telah menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri penjagaan dalam seminar ini.

Kasim turut menegaskan bahawa ilmu yang ditawarkan di universiti harus menjangkau pasaran kerja semata-mata untuk membentuk masyarakat penyayang serta berempati selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

“Saya berharap seminar ini menjadi titik permulaan kepada jaringan lebih meluas dalam membangunkan bidang penjagaan sebagai satu industri kondusif,’’ katanya.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAThu, 19 Jun 2025 08:29:43 +0800
’Kelopak Mawar’ Tulisan Penulis Muda UMS Bakal Diterbit DBP/v5/ms/arkib-berita-2/17276-kelopak-mawar-tulisan-penulis-muda-ums-bakal-diterbit-dbp/v5/ms/arkib-berita-2/17276-kelopak-mawar-tulisan-penulis-muda-ums-bakal-diterbit-dbp

Anak jati Batu Sapi Sandakan, Mohammad Azmir Misnani, melakar kejayaan tersendiri apabila kumpulan cerpen bertajuk ‘Kelopak Mawar’ diangkat sebagai Cerpen Terbaik dalam Program Adikarya 2025, sebuah program penghargaan tertinggi bagi karya projek akhir Penulisan Kreatif di 鶹Ƶ (UMS).

Kumpulan cerpen ‘Kelopak Mawar’ akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, bersama karya-karya terbaik lain dalam Program AdiKarya 2025.

Kumpulan cerpen ini mengetengahkan tema psikologi gelap dan penderitaan batin manusia, digarap dalam gaya simbolik dan sadis berdasarkan kerangka Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5) yang biasa digunakan dalam bidang psikiatri.

Azmir, 22, kini sedang mengikuti Program Penulisan Kreatif, Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian, UMS.

Beliau membesar di Sandakan dan menjadikan pengalaman peribadi sebagai nadi kepada karya-karyanya yang penuh kejujuran, simbolisme, dan perjuangan emosi.

“Saya cuma anak kampung dari Batu Sapi. Saya menulis kerana saya tahu bagaimana rasanya bila suara kita tidak didengar. Cerpen ini untuk mereka yang bergelut dalam senyap. Kalau tulisan ini dapat menemani kesunyian seseorang, itu sudah cukup,” katanya.

Menurut Azmir, proses menyiapkan kumpulan cerpen ‘Kelopak Mawar’ bukanlah mudah, malah mengambil masa hampir enam bulan, termasuk proses penyelidikan gangguan mental berdasarkan DSM-5, penulisan naratif yang mendalam, serta penyuntingan berulang kali.

“Ada hari saya tulis satu perenggan pun tidak habis. Tapi bila datang waktu sunyi yang betul-betul gelap, saya boleh siapkan satu cerpen dalam satu malam.

“Kesemua sepuluh cerpen ini ditulis dalam fasa berbeza – waktu gembira, waktu kecewa, dan waktu saya sendiri tak pasti siapa saya,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang siapa sasaran pembacanya, Azmir menjawab dengan jujur bahawa cerpen-cerpen ini bukan untuk semua orang.

“Saya tulis untuk mereka yang pernah rasa hilang arah, yang tak jumpa bahasa untuk menggambarkan sakit sendiri. Kalau ada pembaca yang pernah rasa macam nak putus, atau pernah rasa suara dalam kepala terlalu kuat – kumpulan cerpen ini adalah untuk mereka,” katanya.

Mengenai perancangan akan datang, Azmir bercadang untuk memperluaskan penerokaan dalam bidang penulisan kesihatan mental di peringkat penerbitan nasional dan antarabangsa.

“Saya mahu terus menulis. Saya mahu terbitkan versi buku penuh Kelopak Mawar yang lebih kemas, dengan lukisan dan catatan tambahan. Kalau diberi ruang, saya juga mahu bawa naskhah ini ke sekolah dan institusi, bukan untuk bacaan ringan, tapi sebagai bahan pemahaman jiwa,” tambahnya.

Menurut penyelia beliau, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md Dawam, cerpen-cerpen Azmir adalah dilihat sebagai rakaman suara batin generasi muda yang berani mengangkat isu kesihatan mental ke dalam ruang sastera tanpa kehilangan nilai estetik atau akademik.

“Setiap karya yang dinobatkan mencerminkan keberanian, ketulenan, dan kebijaksanaan mahasiswa ASTiF dalam mempersembahkan suara masing-masing dari akar budaya hingga ke konflik batin moden.

“Saya harap Kelopak Mawar membuka ruang kepada perbualan lebih jujur tentang kesihatan mental. Kita harus belajar dengar bukan hanya apa yang orang kata, tapi juga apa yang mereka pendam,” ujar Azmir.

Majlis perasmian AdiKarya 2025 yang berlangsung baru-baru ini dirasmikan oleh Sasterawan Negeri Sabah kedua, Azmah Nordin.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAThu, 19 Jun 2025 08:26:50 +0800
UMS, NRES, French Embassy And Schools Join Forces For Beach Clean-Up Drive/v5/ms/arkib-berita-2/17275-ums-nres-french-embassy-and-schools-join-forces-for-beach-clean-up-drive/v5/ms/arkib-berita-2/17275-ums-nres-french-embassy-and-schools-join-forces-for-beach-clean-up-drive

鶹Ƶ (UMS), through its Borneo Marine Research Institute (BMRI), in collaboration with the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES), the French Embassy in Malaysia, and eight secondary schools across Sabah, successfully organized a beach clean-up event to promote environmental awareness and sustainable coastal management.

The participating schools included Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura (Sandakan), SMK Tandek (Kota Marudu), SMK Sanzac (Kota Kinabalu), SM St. Michael (Penampang), SM Sains Sabah, SMK Pinawantai (Kudat), SMK Labuan, and SMK Tebobon.

Held at Likas Bay Public Park, the initiative brought together more than 150 volunteers comprising students and staff from UMS, officers from NRES, the Department of Mineral and Geoscience, the Department of Meteorology, and representatives from the French Embassy.

The joint clean-up effort resulted in the collection of approximately 60 bags of waste, weighing a total of 402 kilograms. Items collected included plastic debris, fishing nets, and other non-biodegradable materials.

Deputy Chief Secretary (Development) of NRES, Datuk Nor Yahati Awang emphasized the value of collective action.

“Our beaches are vital ecosystems and heritage sites. We are grateful for the support of UMS, local schools, and the French Embassy, which highlights the international concern for ocean health,” she said.

Dominique Husken-Ulbrich, representing the French Embassy, also acknowledged the commitment of the local community.

“France remains committed to supporting global and local initiatives that align with the Paris Agreement and the Sustainable Development Goals. Today’s clean-up demonstrates the positive impact of cooperation between educational institutions and diplomatic partners.”

Dr. Madihah Jaffar Sidek, Head of UMS’ Marine Science Programme, expressed appreciation to all participants for their dedication to marine conservation.

She noted that the clean-up is part of a broader initiative to instill environmental stewardship and engage youth in conservation across Sabah.

The beach clean-up is one of several activities under BMRI UMS’ annual Ocean Celebration, held in conjunction with World Ocean Day, Coral Triangle Day, and World Sea Turtle Day.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAWed, 18 Jun 2025 08:23:12 +0800
Ocean Celebration 2025 Usaha UMS Tingkat Kesedaran Kelestarian Lautan/v5/ms/arkib-berita-2/17264-ocean-celebration-2025-usaha-ums-tingkat-kesedaran-kelestarian-lautan/v5/ms/arkib-berita-2/17264-ocean-celebration-2025-usaha-ums-tingkat-kesedaran-kelestarian-lautan

Sambutan Ocean Celebration 2025 di 鶹Ƶ (UMS) menjadi satu usaha berterusan universiti bersama pelbagai agensi dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan kelestarian lautan yang seharusnya menjadi tanggungjawab semua pihak.

Program anjuran bersama Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Coral Triangle Initiative (CTI) Malaysia menggabungkan tiga sambutan lain, iaitu sambutan Hari Lautan Sedunia, Hari Segitiga Terumbu Karang dan Hari Penyu Laut Sedunia yang diadakan pada bulan Jun setiap tahun.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, ketiga-tiga acara itu menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran berkaitan pemeliharaan lautan dan biodiversitinya.

“Hari Lautan Sedunia mengingatkan kita tentang kepentingan lautan dalam menyokong kehidupan, kerana ia membekalkan makanan, oksigen dan pelbagai sumber yang tidak ternilai.

“Hari Segitiga Terumbu Karang pula menonjolkan kekayaan biodiversiti kawasan Segitiga Terumbu Karang, iaitu wilayah yang merangkumi enam buah negara: Indonesia, Malaysia, Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timor-Leste.

“Bagi sambutan Hari Penyu Laut Sedunia, ini memberi peluang kepada kita untuk lebih menumpukan perhatian terhadap cabaran yang dihadapi oleh penyu laut serta keperluan kritikal untuk melindungi penyu laut dan habitat semula jadi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Ocean Celebration 2025 di Galeri Azman Hashim, UMS.

Perasmian acara tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) NRES, Datuk Nor Yahati Awang.

Tambah beliau, IPMB komited untuk membawa perubahan positif dan meletakkan keutamaan terhadap kelestarian lautan.

“Kami sedang berusaha untuk mencapai matlamat Dekad Sains Lautan untuk Pembangunan Lestari anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Matlamat Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI Goals), serta dasar tempatan seperti Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016–2025 dalam usaha memelihara biodiversiti serta habitatnya,” kata Kasim.

Dalam pada itu, Nor Yahati dalam ucapannya menegaskan usaha melindungi dan memulihkan lautan perlu bermula dengan amalan kehidupan lestari oleh setiap individu.

Katanya, walaupun tindakan yang kecil namun apabila dilakukan secara kolektif mampu membawa kepada satu perubahan yang besar.

“Dalam hal ini, kita perlukan kerjasama komuniti, organisasi dan kerajaan dalam mencipta sesuatu yang memberi impak.

“Pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan kelestarian dan kesejahteraan mampu menyumbang secara positif terhadap kesihatan lautan melalui amalan penggunaan bertanggungjawab, pengurangan pencemaran dan pelaksanaan ekonomi pusingan.

“Pelaburan dalam penyelidikan, pembangunan penyelesaian inovatif, penubuhan zon perlindungan marin dan dasar pemuliharaan yang kukuh amat penting untuk diteruskan,” katanya.

Justeru itu, sambutan Ocean Celebration umpamanya telah menyediakan platform kepada masyarakat untuk bersama-sama belajar, meraikan dan memperjuangkan kelestarian lautan.

Sambutan Ocean Celebration 2025 yang bermula sejak 9 Jun hingga 19 Jun itu menyaksikan pelbagai aktiviti dilaksanakan, antaranya Kempen Kesedaran Perubahan Iklim, Pertandingan Fotografi Dasar Laut, Hari Kesedaran Alga, Program Bersama Komuniti Pesisir Kota Belud: Pengimbangan Karbon Biru, dan Pertandingan Memasak Makanan Laut.

Selain itu, turut diadakan Bengkel Kitar Semula (Waste to Worth & Zero Waste), Hari Terbuka Akuarium dan Art Booth, Bengkel Rumpai Laut, Program Pembersihan Pantai, Program SCIMATECH 2025: MarineXplorers, dan Program Professor@School STI 100³.

Hadir sama pada acara perasmian sambutan tersebut Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhadah Mustapha; Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Maklarim Lakim; Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa) IPMB, Prof. Madya Dr. Zarinah Waheed; dan Pengerusi Ocean Celebration 2025, Dr. Archier Chung Fung Chen.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAWed, 18 Jun 2025 02:44:41 +0800
UMS Perkenal Program Baharu Penulisan Kreatif/v5/ms/arkib-berita-2/17263-ums-perkenal-program-baharu-penulisan-kreatif/v5/ms/arkib-berita-2/17263-ums-perkenal-program-baharu-penulisan-kreatif

鶹Ƶ (UMS) memperkenalkan program akademik baharu iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif dengan Kepujian sebagai inisiatif baharu universiti itu dalam memperkasa dunia penulisan melalui pendidikan formal yang menekankan aspek kreatif, kritis dan aplikatif.

Dekan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS, Profesor Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata program baharu itu diperkenalkan mengikut arus perkembangan terkini dalam menggalakkan apresiasi sastera di Borneo.

Katanya pengenalan program baharu itu juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap kepentingan bidang sastera.

’’Ambilan pertama untuk progam Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif dengan Kepujian ini akan bermula pada sesi akademik Semester 1, 2025/2026 yang akan bermula pada Oktober 2025 dengan tempoh pengajian selama tujuh semester.

’’Kita sasarkan untuk kumpulan pelajar pertama adalah seramai 50 orang.

’’Pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh mula menghantar permohonan ke ASTiF UMS di alamat e-mel pejastif@ums.edu.my, atau melayari laman web ASTif di /astif/,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program AdiKarya 2025 anjuran ASTiF d UMS, baru-baru ini.

Majlis perasmian Program AdiKarya 2025 disempurnakan oleh Sasterawan Negeri Sabah ke-2, Azmah Nordin.

Program AdiKarya 2025 merupakan program penilaian dan pengiktirafan ASTiF UMS kepada karya penulisan daripada penulis-penulis muda yang terdiri daripada semua pelajar tahun akhir program pengkhususan penulisan.

AdiKarya 2025 bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan karya berdasarkan idea atau penyelidikan bagi menyumbang kepada bidang penulisan yang berkualiti sebelum memulakan latihan industri dan bergraduasi.

Azmah berkata AdiKarya diharap dapat mengembangkan bakat semua pelajar dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan terus dapat memberi semangat kepada pelajar lain dalam mengembangkan karya seni demi memperkasakan kehadiran seni khususnya di wilayah Borneo.

’’Saya percaya bahawa usaha-usaha penyelaras, pensyarah, ahli jawatankuasa dan juga semua pelajar yang dinilai sepanjang proses merancang perjalanan AdiKarya ini akan membuahkan hasil yang baik dan manfaat untuk kita semua.

’’Mudah-mudahan, sokongan dan perhatian yang kita tunjukkan bersama dalam majlis ini tidak hanya memberi manfaat kepada para pelajar dan pensyarah, tetapi ia juga memberi kesan yang lebih besar bagi perkembangan industri seni di negeri ini.

’’Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk memperkasakan lagi bidang seni dalam mencorak kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,’’ katanya.

Pada majlis penyampaian anugerah AdiKarya 2025, Tesis Terbaik dimenangi oleh Rezwanry Henry dengan tajuk ‘Cerita Rakyat Etnik Sungai Making Kampung Sagoun – Sebuah Pendekatan Strukturalisme’, manakala kategori Cerpen Terbaik dimenangi oleh Mohammad Azmir Misnani dengan kumpulan cerpen bertajuk ‘Kelopak Mawar’.

Anugerah Novel terbaik pula dimenangi oleh Rabiatul Adawiyah Arubin dengan tajuk ‘Di Penghujung Jalan’, manakal Puisi Terbaik dimenangi oleh Salihuddin Asanji dengan tajuk ‘Puisi Sejarah – Bumi Sabah’.

Adikarya 2025 juga turut menganugerahkan Podcast dan e-Karya Terbaik yang dimenangi oleh Muhammad Hisyamuddin Aras dengan tajuk ‘Nikmat Tidak Berpenghujung’.

Hadir sama dalam majlis tersebut Penyelaras Program Adikarya, Dr. Mashor Awang Long; barisan pensyarah ASTiF Profesor. Madya Dr. Sim Chee Cheang, Dr. Nursuhaila Sulaiman, Fatin Najla Omar, Hajijah Lamiri serta penggiat sastera tanah air.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITATue, 17 Jun 2025 02:41:41 +0800
Program Latihan Kebakaran Tingkat Kecekapan Siswa UMS Hadapi Kecemasan/v5/ms/arkib-berita-2/17262-program-latihan-kebakaran-tingkat-kecekapan-siswa-ums-hadapi-kecemasan/v5/ms/arkib-berita-2/17262-program-latihan-kebakaran-tingkat-kecekapan-siswa-ums-hadapi-kecemasan

Pelaksanaan Program Latihan Kebakaran di Kolej Kediaman Lestari, 鶹Ƶ (UMS) Kampus Sandakan baru-baru ini mampu memberi kesedaran dan kefahaman siswa-siswi tentang keselamatan kebakaran.

Menurut Pengetua Kolej Kediaman Lestari, Borhan Abdul Haya @ Yahya, program anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kolej kediaman itu dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan secara berhemah dan berdisiplin.

“Program ini memberi pendedahan awal kepada peserta tentang langkah keselamatan dan tatacara menyelamatkan diri semasa kebakaran, selain menjadi platform pembelajaran bagi JAKMAS menimba ilmu dalam merancang program berimpak tinggi.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memupuk semangat bekerjasama dan mendorong pelajar untuk lebih peka terhadap aspek keselamatan diri serta komuniti sekeliling,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kolaborasi antara komuniti universiti dan pihak bomba mampu memberikan manfaat jangka panjang dalam membina budaya keselamatan kampus yang mapan.

“Program ini turut membantu mengukuhkan kefahaman pelajar mengenai sistem tindak balas kecemasan yang betul dan tersusun.

“Dengan kerjasama yang berterusan, kita dapat memastikan kesinambungan usaha ini demi kemajuan dan kesejahteraan bersama,” ujar beliau.

Program Latihan Kebakaran tersebut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar UMS Sandakan dan merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan JAKMAS dan JKKP Kolej Kediaman Lestari dalam memperkukuh kesedaran keselamatan dalam kalangan warga kolej.

Program tersebut turut mendapat sokongan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sandakan, Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS, Bahagian Keselamatan UMS Sandakan, dan Syarikat Stabil Primajaya yang merupakan syarikat pembekal yang membekalkan peralatan latihan dan mengaktifkan sistem penggera kebakaran.

]]>
nizam88@ums.edu.my (Mohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK))BERITAMon, 16 Jun 2025 02:35:45 +0800