- News linkLaman Rasmi UMS, univrsiti awam di Sabah, Malaysia./v5/banner-link2026-02-11T14:55:15+08:00Laman Rasmi UMSwebtech@ums.edu.my - Open Source Content ManagementPusat Komunikasi Korporat UMS Adakan Kunjungan Mesra Ke SJA Tingkat Kerjasama Strategik2026-01-15T08:07:07+08:002026-01-15T08:07:07+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18347-pusat-komunikasi-korporat-ums-adakan-kunjungan-mesra-ke-sja-tingkat-kerjasama-strategikMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Pusat Komunikasi Korporat (PKK), 鶹Ƶ (UMS) mengadakan kunjungan mesra ke Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama strategik dalam bidang komunikasi, media dan pembangunan profesional.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah PKK UMS, Dr. Rizal Zamani Idris, dan disambut oleh Presiden SJA, Mariah Doksil, bersama barisan kepimpinan persatuan berkenaan.

Pertemuan itu menjadi platform perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik melibatkan perkongsian kepakaran, pembangunan bakat, latihan profesional, penghasilan kandungan komunikasi berimpak tinggi serta pengukuhan jaringan antara institusi akademik dan organisasi media di Sabah.

Dr. Rizal berkata, PKK UMS sentiasa komited untuk membina hubungan yang bersifat sinergi dengan organisasi profesional bagi memperkasa ekosistem komunikasi korporat dan kewartawanan.

“UMS melalui PKK amat menghargai peranan SJA dalam membentuk landskap komunikasi dan kewartawanan yang beretika serta berwibawa.

"Kunjungan mesra ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak, khususnya dalam aspek latihan, pemindahan ilmu dan penghasilan naratif positif berkaitan institusi pendidikan tinggi serta pembangunan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara universiti dan persatuan wartawan amat penting bagi memastikan amalan komunikasi yang relevan dengan keperluan semasa industri serta mampu menyokong agenda pembangunan negeri.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PKK UMS, Mohd Ezni Hezri Mohd Yusop; Ketua Sektor Hal Ehwal Korporat, Che Hasruddin Che Hasan; Ketua Pentadbiran, Norliza Abdullah; dan Ketua Unit Perhubungan Media PKK, Salbinous Saribun.

Sementara itu, Presiden SJA, Mariah Doksil menyambut baik kunjungan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu langkah proaktif ke arah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

“Persatuan Wartawan Sabah amat mengalu-alukan kerjasama dengan UMS, khususnya Pusat Komunikasi Korporat, dalam usaha memperkasa bidang komunikasi dan kewartawanan.

"Gabungan kekuatan akademik UMS dan pengalaman profesional wartawan diyakini mampu memberi manfaat besar kepada industri media serta masyarakat secara keseluruhan,” ujarnya.

Pertemuan tersebut turut membincangkan perancangan kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Hadir sama, Setiausaha SJA, Siti Aisyah Narudin; serta barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi SJA, Mohd Nazlie Zainul, Vivi Olviana Najurus, dan Fardy Bungga.

Delegasi PKK UMS turut disertai Ketua Unit Pengurusan Majlis dan Unit Perhubungan Awam PKK, Mohammad Norazmi Harris; Ketua Unit Video, Johaidi Ismail, serta kakitangan Unit Perhubungan Media PKK, Mohd. Affzanizam Mohd Amin dan Faezah Mohamad Dun.

UMS, Universitas Borneo Tarakan Meterai MoA Perkukuh Kerjasama Rentas Sempadan Sabah–Kalimantan2026-01-14T07:59:40+08:002026-01-14T07:59:40+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18346-ums-universitas-borneo-tarakan-meterai-moa-perkukuh-kerjasama-rentas-sempadan-sabah-kalimantanMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) dan Universitas Borneo Tarakan (UBT), Indonesia memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuh kerjasama institusi dalam bidang mobiliti akademik, penyelidikan kolaboratif serta pertukaran pelajar dan staf, selari usaha memperkasa hubungan rentas sempadan Sabah–Kalimantan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, pemeteraian MoA tersebut merupakan satu langkah konkrit ke arah memperkukuh perkongsian strategik kedua-dua institusi, khususnya dalam penganjuran seminar bersama, inisiatif berasaskan komuniti dan pembangunan ilmu yang mampan.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan turut mencerminkan visi bersama UMS dan Universitas Borneo Tarakan untuk memajukan pengetahuan, memupuk inovasi serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan lestari di rantau Borneo.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada 12th International Mobility Seminar bertemakan Regional Perspectives on Sabah–Kalimantan Cross-Border Relations anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS dan UBT di Mini Auditorium Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS.

Mengulas lanjut, Kasim berkata Sabah dan Kalimantan bukan sahaja berkongsi kedudukan geografi yang berdekatan, malah mempunyai hubungan sejarah, budaya dan sosioekonomi yang erat.

“Justeru itu institusi pendidikan tinggi memikul tanggungjawab untuk menyumbang idea dan penyelesaian bagi menyokong pembangunan serantau yang mampan.

“Platform seperti seminar ini membolehkan pertukaran pandangan, perbincangan perbandingan serta pelaksanaan penyelidikan kolaboratif yang merentas sempadan negara.

“Siri Seminar Mobiliti Antarabangsa yang kini memasuki edisi ke-12 ini telah berjaya menghimpunkan lebih 1,500 peserta sejak diperkenalkan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan UMS terhadap mobiliti akademik, pengantarabangsaan dan keterlibatan global,” katanya.

Menurutnya, melalui pelbagai program mobiliti dan inisiatif bersama, UMS terus memperkukuh peranannya sebagai universiti serantau yang berhubung rapat dengan ASEAN serta komuniti akademik antarabangsa.

Pada majlis itu, Kasim mewakili UMS menandatangani dokumen MoA tersebut, manakala UBT diwakili Dekan Fakulti Ekonomi UBT, Dr. E. Mohamad Nur Utomo yang mewakili Rektor UBT, Prof. Dr. Yahya Ahmad Zain.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran delegasi UBT seramai 81 orang yang terdiri daripada 13 Dekan dan 68 pelajar.

Hadir sama pada majlis tersebut Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Dekan FPEP UMS, Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abdul Karim.

UMS Anjur Program Keusahawanan Digital Sebagai Laluan Kerjaya2026-01-13T07:20:50+08:002026-01-13T07:20:50+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18320-ums-anjur-program-keusahawanan-digital-sebagai-laluan-kerjayaMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Program Keusahawanan Digital baru-baru ini sebagai usaha memperkasa mahasiswa dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan digital sejajar keperluan ekonomi semasa.

Bertempat di U-Science, UMS di sini, program tersebut merupakan anjuran kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman Antarabangsa Kingfisher UMS dan Smart Native Maker (SNM).

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, penganjuran program seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, malah berkemahiran, berdaya saing serta mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.

“Kemajuan ekonomi digital masa kini telah membuka pelbagai ruang dan peluang baharu merangkumi bidang e-dagang, kandungan kreatif, perkhidmatan digital, teknologi pendidikan dan inovasi kecerdasan buatan.

“Justeru melalui program ini, mahasiswa-mahasiswi didedahkan dengan ilmu dan maklumat penting bagi membangunkan potensi diri sebagai pencipta peluang, bukan sekadar pencari pekerjaan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah U-Science Md Sazali Md Salleh.

Dr Kasim berkata, inisiatif mahasiswa UMS menganjurkan program berimpak tinggi itu sangat bertepatan dalam memberi pendedahan kepada pembinaan minda usahawan, pengalaman industri, laluan kerjaya alternatif serta kemahiran penting bagi meningkatkan daya saing graduan dalam persekitaran ekonomi yang dinamik.

Katanya, program itu juga seiring dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) serta SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur).

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah menyokong agenda pembangunan global yang menekankan akses pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan beretika serta inovasi yang menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

“Usaha mengintegrasikan elemen keusahawanan digital dalam ekosistem pembelajaran universiti diyakini mampu melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan serta berupaya memberi impak positif kepada komuniti dan negara,” tambahnya lagi.

Bertemakan Program Keusahawanan Digital sebagai Laluan Kerjaya: Dari Pencari Kerja kepada Pencipta Peluang, majlis perasmiannya disempurnakan Pengerusi POIC Sabah Sdn. Bhd merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Hadir sama Pengarah Program Helviana Barbara dan Ketua Pegawai Eksekutif SNM, Julfikrie Muhaimin.

30 Pelajar UMS Dilantik Duta Pelajar CelcomDigi, Fokus Keselamatan Internet Komuniti2026-01-12T07:16:06+08:002026-01-12T07:16:06+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18319-30-pelajar-ums-dilantik-duta-pelajar-celcomdigi-fokus-keselamatan-internet-komunitiMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Seramai 30 pelajar 鶹Ƶ (UMS) dilantik sebagai Duta Pelajar menerusi Program CelcomDigi X UMS Student Ambassador: S.A.F.E Internet Awareness bagi meningkatkan kesedaran keselamatan internet, etika penggunaan teknologi serta pencegahan penipuan digital dalam kalangan komuniti setempat.

Program hasil kolaborasi strategik antara CelcomDigi Berhad dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS itu turut melibatkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP), selaras usaha memperkukuh jaringan universiti–industri–komuniti.

Dekan FPEP UMS, Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim berkata, penglibatan pihak industri seperti CelcomDigi merupakan satu usaha murni berteraskan tanggungjawab sosial korporat dalam membentuk masyarakat yang harmoni, maju dan stabil, khususnya melalui pemerkasaan literasi digital serta keselamatan internet.

“Program ini dirangka secara sistematik dan tersusun bagi memastikan impak yang signifikan kepada kumpulan sasar, terutama dalam mendepani ancaman keselamatan siber dan penipuan digital yang semakin membimbangkan seiring perkembangan teknologi masa kini.

“Para pelajar yang dilantik akan menerima latihan menggunakan modul khas yang disediakan oleh CelcomDigi merangkumi aspek keselamatan internet, penggunaan teknologi secara beretika serta langkah-langkah pencegahan scam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut di The Hotelab, FPEP UMS baru-baru ini.

Menurut Rahimie, Duta Pelajar yang terpilih seterusnya akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program khidmat komuniti secara berfasa melibatkan kampung serta sekolah rendah dan menengah di sekitar UMS.

Tambahnya, pendekatan tersebut bukan sahaja membolehkan pemindahan ilmu berlaku secara berkesan, malah melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkeyakinan dan berkeupayaan berperanan sebagai ejen penyebaran kesedaran digital kepada rakan sebaya serta komuniti setempat.

“Ini selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG), khususnya dalam aspek pendidikan berkualiti, pembinaan komuniti mampan serta perkongsian strategik pelbagai agensi.

“Dari sudut pelajar, program ini menjadi platform pembangunan diri melalui peningkatan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, di samping memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab sosial,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CelcomDigi atas komitmen menjayakan program tersebut dan menyifatkannya sebagai selari dengan aspirasi UMS “The Brain of Borneo”.

“Adalah diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat digital yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Rahimie turut menyampaikan watikah pelantikan Duta Pelajar kepada wakil pelajar, Azura selaku pengarah program tersebut.

Turut hadir pada majlis itu Ketua HRBP Komersial CelcomDigi, Samuel Danker; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPEP, Prof. Madya Dr. Jakaria Dasan; Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Allen Paul Justinus Situ; dan Presiden Persatuan Mahasiswa FPEP, Aviell Sevone Ah Kiong.

Lawatan Sambil Belajar Perkukuh Pendedahan Industri Pelajar Kelab Teknologi Makanan FSMP UMS2026-01-08T02:50:17+08:002026-01-08T02:50:17+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18313-lawatan-sambil-belajar-perkukuh-pendedahan-industri-pelajar-kelab-teknologi-makanan-fsmp-umsMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Seramai 15 pelajar Program Teknologi Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), 鶹Ƶ (UMS) menyertai Lawatan Sambil Belajar ke industri di Pantai Timur Sabah baru-baru ini.

Pengarah Program, Clara Claudia Japanis berkata, lawatan itu bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada pelajar mengenai realiti operasi industri makanan, sekali gus membantu mereka mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari di bilik kuliah ke dalam konteks sebenar industri.

“Lawatan ini juga memberi penekanan terhadap kefahaman berkaitan pengurusan pengeluaran, kawalan kualiti serta pematuhan kepada piawaian keselamatan makanan yang menjadi keperluan utama dunia pekerjaan masa kini.

“Pendedahan ini penting untuk meningkatkan keyakinan serta kefahaman pelajar terhadap keperluan industri semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lawatan selama lima hari itu turut diiringi Penasihat Kelab dan Pensyarah Pengiring, Dr. Yanty Noorzianna Abdul Manaf.

Sebanyak dua organisasi industri dikunjungi iaitu QL Farms Sdn. Bhd. di Tawau dan IOI Edible Oils Sdn. Bhd. di Sandakan.

Menurut Clara, semasa lawatan di QL Farms pelajar didedahkan kepada pengurusan penternakan ayam secara sistematik, amalan kebersihan industri, serta kaedah pengendalian bahan mentah sebelum diproses.

“Pendedahan ini meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan kawalan pada peringkat awal rantaian pengeluaran makanan, yang merupakan elemen kritikal dalam memastikan kualiti dan keselamatan produk sentiasa terjamin.

“Sementara di IOI Edible Oils pula, para pelajar diberi peluang menyaksikan secara langsung keseluruhan proses pengeluaran minyak sawit pelbagai fraksi pada skala industri.

“Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh kerjasama antara universiti dan pihak industri.

“Inisiatif sebegini mampu melahirkan graduan Teknologi Makanan yang lebih kompeten, berdaya saing serta bersedia menyumbang kepada pembangunan sektor industri makanan negara,” jelasnya lagi.

Bagi Dr Yanty, beliau memaklumkan Lawatan Sambil Belajar ke industri di Pantai Timur Sabah itu telah berjaya memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pelajar.

“Program ini selaras dengan aspirasi FSMP UMS dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik dan kemahiran praktikal, serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan,” katanya.

Peruntukan RM15 Juta Diumumkan Perdana Menteri Menjamin Kelangsungan Dapur Siswa UMS2026-01-07T09:05:27+08:002026-01-07T09:05:27+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18286-peruntukan-rm15-juta-diumumkan-perdana-menteri-menjamin-kelangsungan-dapur-siswa-umsMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) 鶹Ƶ (UMS), Profesor Dr. Raman Noordin menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung penyaluran peruntukan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan inisiatif makanan percuma dan bank makanan yang dikenali sebagai Dapur Siswa MADANI.

Menurut Raman, penyaluran peruntukan tersebut mencerminkan keprihatinan serta komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, khususnya dari aspek keperluan asas makanan.

Katanya inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan diperluaskan ke seluruh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) amat bertepatan dalam menangani isu ketidakjaminan makanan dalam kalangan pelajar, sekali gus memastikan mahasiswa dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran dan pembangunan diri di menara gading.

"Selari dengan pelaksanaan inisiatif tersebut, 鶹Ƶ (UMS) melalui Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) telah mengambil langkah proaktif awal dengan menubuhkan Dapur Siswa di dua buah kolej kediaman di Kampus induk Kota Kinabalu yang telah mula beroperasi pada 24 November 2025.

"Pada masa kini, Dapur Siswa di Kolej Kediaman UMS Kampus Antarabangsa Labuan sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada bulan Februari 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan sokongan kebajikan pelajar.

"Inisiatif ini akan terus diperkasa dan diperluas ke Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara lebih menyeluruh dan inklusif," katanya.

Tambah Raman, bagi menjamin kelangsungan operasi Dapur Siswa, pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti Kempen 1 Staf 1 Kampit Beras dan penubuhan Tabung Amanah Dapur Siswa.

"Kempen ini turut menggalakkan kakitangan dan masyarakat sekitar memberikan sumbangan selain mewujudkan masyarakat yang prihatin dan meningkatkan ‘sense of belonging’ di kalangan kakitangan.

"Sejak diperkenalkan, Dapur Siswa telah menerima sebanyak 1150 Kilogram beras (115 kampit beras) yang telah dimanfaatkan oleh sekitar 3500 pelajar.

"Dengan peruntukan khas yang disalurkan oleh YAB Perdana Menteri melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), akan lebih ramai mahasiswa yang boleh dibantu khususnya di UMS yang 70 peratus pelajar adalah dari kalangan B40. Peruntukan khas ini akan dapat membantu Universiti dalam memperkasa Dapur Siswa sedia ada serta dapat membantu untuk kelangsungan operasi Dapur Siswa,"katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi atas keprihatinan beliau merayu kepada YAB Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan ini.

Tambah beliau, pihak universiti melalui entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan terus menyokong dan bekerjasama rapat dengan KPT serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada mendapatkan keperluan asas sepanjang tempoh pengajian, selaras dengan aspirasi pembentukan ekosistem pembelajaran yang sejahtera dan berteraskan nilai MADANI.

UMS Perkasa Perkembangan Awal dan Jati Diri Budaya Kanak-kanak2026-01-06T09:09:32+08:002026-01-06T09:09:32+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18287-ums-perkasa-perkembangan-awal-dan-jati-diri-budaya-kanak-kanakMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) terus menyuntik minat dan bakat kanak-kanak terhadap kesusasteraan melalui pelaksanaan pertandingan deklamasi sajak, bercerita dan nyanyian anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) UMS.

Program Hari Sastera Kanak-kanak itu disertai oleh kira-kira 30 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun di sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kota Marudu, baru-baru ini.

Ketua Program PAKK UMS, Dr. Mohd Zafaren Zakaria yang merasmikan program tersebut berkata pendedahan awal terhadap sastera berupaya menyokong perkembangan akademik kanak-kanak di samping memelihara warisan budaya dan jati diri bangsa.

“Melalui pertandingan yang dianjurkan, kanak-kanak bukan sahaja diasah dari aspek bahasa dan komunikasi, malah dilatih untuk berani tampil ke hadapan, membina keyakinan diri serta menghargai nilai budaya dan kesusasteraan.

“Para peserta menunjukkan tahap keyakinan yang memberangsangkan dengan mengenakan busana kreatif dan menarik sepanjang pertandingan berlangsung.

“Sokongan padu daripada ibu bapa turut menyumbang kepada kejayaan penganjuran program ini, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif,” katanya.

Tambahnya maklum balas yang diterima daripada ibu bapa amat menggalakkan, dengan kebanyakan mereka menyatakan rasa bangga terhadap keberanian dan peningkatan keyakinan diri anak-anak hasil penyertaan dalam program tersebut.

Sementara itu, Penasihat Program Hari Sastera Kanak-kanak, Dr. Juppri Bacotang berkata penganjuran program tersebut turut memberikan nilai tambah yang signifikan kepada mahasiswa PAKK UMS yang terlibat sebagai fasilitator dan penganjur.

“Penglibatan mahasiswa dalam program ini memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan teori dalam situasi sebenar, khususnya melalui interaksi langsung bersama kanak-kanak dan komuniti luar.

“Ia merupakan platform penting dalam pembangunan kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan masa dan kerja berpasukan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Sharifah Nurhakimah Ilasam merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini, terutamanya kepada semua pelajar program PAKK.

“Pihak kami juga amat menghargai kepercayaan ibu bapa serta sokongan berterusan daripada rakan mahasiswa, para pensyarah dan penaja yang telah bersama-sama memastikan kejayaan penganjuran program ini.

“Kami menghargai sokongan daripada rakan strategik seperti UMSFLEC, Iztanburg, Page Eight, Rosemary, Aeon Fantasy Kidzoona, Inomax, Kelab Belia Dinamik, PIBG TABIKA KEMAS PPR Taman Korongkom Jaya B, serta pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,” ujarnya.

Penganjuran Program Hari Sastera Kanak-kanak ini mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam menyokong pembangunan holistik kanak-kanak, memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat, serta memperkasa peranan institusi pendidikan tinggi dalam melahirkan graduan dan pendidik yang berkualiti, berdaya saing dan berjiwa masyarakat.

Program Native Sabahan Beadswork Perkasa Warisan Kraf Tradisional Sabah2026-01-06T00:00:14+08:002026-01-06T00:00:14+08:00/v5/ms/arkib-buletin/18273-program-native-sabahan-beadswork-perkasa-warisan-kraf-tradisional-sabahMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Inisiatif menerusi Program Native Sabahan Beadswork yang diadakan di Bangunan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ baru-baru ini mampu memperkenalkan serta memartabatkan seni kraf manik tradisional masyarakat pribumi Sabah.

Ketua Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB) FPPS, Profesor Madya Dr. Connie Shin @ Connie Cassy Ompok berkata, program anjuran UPPLB itu turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai nilai budaya serta identiti warisan tempatan yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri masyarakat Sabah.

“Program ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal dan berasaskan pengalaman.

“Menerusi penyertaan seramai 16 peserta yang turut melibatkan pelajar Fakulti Sains, National University of Singapore (NUS), ini sekali gus berperanan sebagai platform pertukaran budaya dan pengetahuan antara institusi antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan dari FPPS kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong dan menjayakan program tersebut.

“Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong usaha pemeliharaan dan pelestarian warisan budaya Sabah,” ujar beliau.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan oleh Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh a/l Bikar Singh yang turut menyempurnakan penganugerahan sijil kepada peserta yang terlibat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pensyarah dari NUS, Dr. Shao Ting Hoong; setiausaha penganjur program, Mohamad Akmal Ariq Dzainuddin; dan dua tenaga pengajar pakar seni manik tradisional Sabah, iaitu Agnes Angkung dan Doris Sabala.

Kemasukan Pelabur di Sabah jana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi2026-01-05T09:33:52+08:002026-01-05T09:33:52+08:00/v5/ms/arkib-berita-2/18291-kemasukan-pelabur-di-sabah-jana-peluang-pekerjaan-berkemahiran-tinggiMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Kemasukan pelabur ke Sabah terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perindustrian negeri, sekali gus menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkukuh rantaian bekalan industri tempatan.

Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata, sehingga suku kedua tahun 2025, Sabah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM11.368 bilion yang merangkumi pelaburan domestik dan asing dalam sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan Sektor Utama.

“Daripada jumlah tersebut, sektor Pembuatan menerima pelaburan tertinggi sebanyak RM7.472 bilion, diikuti sektor Perkhidmatan RM3.139 bilion, manakala sektor utama termasuk perindustrian, pelancongan dan pertanian menyumbang RM757 juta.

”Pencapaian ini meletakkan Sabah di kedudukan kelima tertinggi penerima pelaburan di Malaysia, mengatasi jumlah pelaburan 2024 sebanyak RM6.458 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Dr Kasim yang juga merupakan penganalisis ekonomi memberitahu, kemasukan pelaburan berskala besar berkenaan turut memberi kesan langsung kepada pembangunan industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, pembekalan bahan mentah serta pengukuhan ekosistem industri di Sabah.

Menurutnya, antara pelaburan utama yang menjadi pemangkin pertumbuhan industri ialah pelaburan fasa satu Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. dari Singapura bernilai RM6.592 bilion bagi pembinaan kilang pembuatan keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

“Pembangunan industri berimpak tinggi ini bukan sahaja meningkatkan daya saing ekonomi negeri, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti dan peningkatan nilai tambah tempatan.

“Kemasukan pelabur strategik ke Sabah meletakkan negeri ini pada landasan yang lebih kukuh sebagai destinasi pelaburan perindustrian, selari dengan keperluan pembangunan jangka panjang dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Kasim menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 mampu mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri.

Katanya, belanjawan tersebut menumpu kepada keseimbangan sosioekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

”Kerajaan mencadangkan anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil RM6.430 bilion, sekali gus mencatat lebihan belanjawan RM28 juta.

”Tumpuan belanjawan ini adalah kepada program dan aktiviti berorientasikan pembangunan jangka panjang untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam.

”Belanjawan ini berupaya mendepani cabaran tahun 2026 seiring pengukuhan asas fiskal dan peningkatan pelaburan, didorong oleh pemulihan sektor pelancongan, pertumbuhan aktiviti perdagangan serta peningkatan guna tenaga,” tambah Dr Kasim.