KHAMIS, 14 SEPTEMBER - Menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Pusat Minda Lestari (PML) 麻豆视频 (UMS) menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa, hari ini.
Seramai 50 murid PML menyertai program tersebut dengan memakai baju tradisi serta pakaian berkonsepkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan acara.
Ketika merasmikan program sambutan itu, Yang Dipertua Kelab Surirumah dan Staf Wanita 麻豆视频 (Kesumba), Roha Asmara berkata, penganjuran program seupama itu merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan generasi muda.
鈥淪ambutan ini perlu diteruskan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak kita.
鈥淛usteru, adalah menjadi harapan saya agar PML dapat membangunkan modal insan yang dapat mewarisi kecekalan dan keberanian generasi terdahulu serta mampu mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum,鈥 katanya.
Sementara itu, Pengarah PML, Aidah Noordin berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti PML bagi memupuk semangat perpaduan dan memberi pendedahan kepada murid, guru dan ibu bapa tentang kesedaran serta kesyukuran mengenai perjuangan kemerdekaan tanah air yang dirintis oleh para pemimpin terdahulu.
鈥淧ada sambutan tahun ini, PML turut mengadakan perarakan kemerdekaan dengan melibatkan guru-guru, ibu bapa, kakitangan dan juga murid-murid pada 11 September yang lalu.
鈥淚ni salah satu cara untuk kita menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan anak-anak serta menghargai jasa pejuang kemerdekaan negara,鈥 ujarnya.
Pada sambutan tersebut, KESUMBA turut menyumbangkan sebanyak empat rak buku untuk kegunaan pembelajaran di PML.
Beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti tayangan video kemerdekaan, pertandingan Fesyen Merdeka Sehati Sejiwa, cabutan bertuah, pertandingan mewarna serta persembahan daripada murid-murid dan ibu bapa.
Foto : Nasrul Rukkung