- Arkib BeritaLaman Rasmi UMS, univrsiti awam di Sabah, Malaysia./v5/arkib-berita-22025-08-22T09:30:14+08:00Laman Rasmi UMSwebtech@ums.edu.my - Open Source Content ManagementUMS Anjur ‘Kembara Mobiliti dan Budaya Sabah Onsoi’ di Kampung Kobuni2025-08-15T08:35:29+08:002025-08-15T08:35:29+08:00/v5/ms/banner-link/17554-ums-anjur-kembara-mobiliti-dan-budaya-sabah-onsoi-di-kampung-kobuniMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Program Kembara Mobiliti Ilmu dan Budaya Sabah Onsoi Tahun 2025 di Kampung Kobuni, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Jesselton University College (JUC) bertujuan memperkasa jambatan ilmu, memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti sekaligus memelihara budaya setempat.

Ketua Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, FPPS UMS, Dr. Connie Cassy Ompok berkata, projek keluarga angkat itu membuka peluang kepada peserta untuk memahami kehidupan penduduk kampung, sekali gus mempelajari nilai kekeluargaan dan persaudaraan menerusi keihklasan dan keterbukaan hati.

“Program ini bukan sahaja sebuah platform berkongsi ilmu dan pengalaman, tetapi juga membina sebuah kisah persahabatan, kasih sayang, dan penghargaan terhadap warisan budaya yang tidak ternilai.

“Ia mempunyai penerapan nilai pengajaran seperti amalan bekerjasama, hormat-menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Program ini juga menerapkan bahawasanya ilmu bukan sahaja diperoleh di bilik kuliah, tetapi juga dalam kehidupan seharian masyarakat,” katanya.

Dalam ucapan perasmian, Connie turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengharapkan program ini mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak kampung untuk mengejar cita-cita, memupuk semangat dan mewujudkan rasa cinta terhadap warisan.

Sementara itu, wakil USM, Dr. Jacqueline Karimon berkata, program tersebut bukan sekadar membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan, tetapi juga menjadi jambatan merapatkan kefahaman budaya antara peserta dari pelbagai latar.

“Melalui perkongsian pengalaman, kita bukan sahaja mempelajari ilmu baharu, tetapi turut menyemai rasa hormat dan cinta terhadap warisan yang membentuk identiti kita,” Ujarnya.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Jesselton University College (JUC), Dr. Vincent Oh Kim Seng dan Wakil Kurator Bahagian Muzium Tamadun Islam Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Mohd Khairul Anuar Jamil.

UMS Tekankan Prinsip Undang-Undang dalam Menangani Isu Buli di Sekolah2025-08-14T07:00:15+08:002025-08-14T07:00:15+08:00/v5/ms/banner-link/17540-ums-highlights-legal-principles-in-addressing-school-bullying-issuesMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) melalui pensyarah undang-undang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Marja Azlima Omar, menggariskan kepentingan dua prinsip undang-undang tort, in loco parentis dan liabiliti ketat (strict liability) yang boleh digunakan dalam menangani kes buli di sekolah.

Prinsip in loco parentis, yang berasal daripada istilah Latin bermaksud “mengambil tempat ibu bapa”, meletakkan tanggungjawab undang-undang kepada guru dan pihak sekolah untuk bertindak demi kepentingan terbaik pelajar, terutamanya dalam aspek keselamatan dan pengawasan.

“Sejak dahulu lagi, pelbagai kes mahkamah telah mengukuhkan prinsip ini. Dalam konteks buli di sekolah, tanggungjawab ini meliputi penyediaan persekitaran yang selamat serta mengambil langkah proaktif bagi mencegah bahaya, kecederaan atau tragedi,” jelas Marja.

Menurut beliau, di bawah undang-undang tort, pelanggaran tanggungjawab menjaga kebajikan (duty of care) boleh dianggap sebagai kecuaian. Namun, bagi kes buli yang berulang atau diketahui sering berlaku di sesebuah sekolah, konsep liabiliti ketat juga boleh dipertimbangkan.

Liabiliti ketat membolehkan sesuatu pihak dipertanggungjawabkan atas kemudaratan yang berlaku tanpa memerlukan bukti kecuaian atau kesalahan. Dalam konteks pendidikan, ini bermakna jika kejadian buli terbukti berlaku secara berleluasa, pihak sekolah boleh dipertanggungjawabkan walaupun telah mengambil langkah penjagaan sewajarnya.

“Secara mudahnya, apabila terbukti buli berlaku di persekitaran sekolah, undang-undang boleh meletakkan tanggungjawab kepada institusi tersebut. Ini mengubah fokus daripada hanya menyalahkan pelaku kepada turut menilai sistem perlindungan dan prosedur keselamatan yang diamalkan,” tambahnya.

Marja turut menegaskan bahawa pendekatan ini selaras dengan Artikel 19 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

”Artikel ini mewajibkan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan bagi melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan, penderaan, pengabaian atau eksploitasi.

“Komitmen antarabangsa ini memperkukuhkan lagi kewajipan sekolah untuk bertindak secara proaktif dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan mereka,” ujar beliau.

Beliau menegaskan bahawa tujuan penjelasan ini bukan untuk menuduh atau menyalahkan mana-mana sekolah secara khusus, sebaliknya untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kerangka undang-undang dan berasaskan hak yang sedia ada bagi melindungi pelajar.

“Buli tidak boleh diterima atau dianggap sebagai tradisi. Apabila undang-undang mengiktiraf tanggungjawab menjaga kebajikan, konsep seperti liabiliti ketat dan kewajipan di bawah Artikel 19, ia memberi masyarakat alat untuk memastikan sekolah kekal sebagai ruang selamat untuk semua pelajar,” katanya.

UMS, Universitas Pakuan Perkukuh Kolaborasi Akademik Melalui Kuliah Pensyarah Tamu Di Bogor, Indonesia2025-08-14T02:37:23+08:002025-08-14T02:37:23+08:00/v5/ms/banner-link/17542-ums-universitas-pakuan-perkukuh-kolaborasi-akademik-melalui-kuliah-pensyarah-tamu-di-bogor-indonesiaMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) dan Universitas Pakuan (UNPAK), Bogor, Indonesia terus memperkukuh kolaborasi akademik serantau melalui penganjuran Kuliah Pensyarah Tamu yang diadakan di Fakulti Ekonomi dan Bisnis UNPAK, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Prof. Madya Dr. Jakaria Dasan, program itu antara lain bertujuan untuk membentuk jaringan akademik serantau antara Malaysia dan Indonesia melalui perkongsian ilmu.

“Selain itu kuliah ini memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar dalam bidang pengurusan dan pembangunan komuniti, khususnya berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Di samping itu, ia juga bagi membina kerjasama strategik melibatkan penyelidikan, pertukaran pelajar dan khidmat masyarakat antara kedua-dua institusi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas hadir sebagai penceramah jemputan pada program tersebut.

Jakaria menambah, kuliah tersebut menekankan penggunaan model Return on Value (ROV) sebagai pendekatan inovatif untuk menilai keberkesanan dan kelestarian projek komuniti berdasarkan enam dimensi utama, iaitu kedalaman impak, kejelasan objektif, pendekatan sistematik, keluasan objektif, keterangkuman gender, dan penjajaran dengan SDG.

“ROV bukan sekadar alat ukur prestasi, tetapi kerangka reflektif untuk sejauh mana projek membawa transformasi kepada masyarakat, terutamanya kumpulan rentan dan komuniti luar bandar.

“Diharapkan inisiatif ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi strategik di rantau Asia Tenggara,” ujar beliau.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnis UNPAK, Dr. Towaf Totok Irawan, serta dihadiri 55 mahasiswa UNPAK.

Hadir sama, Dr. Tutus Rully dan Dr. Abel Gandhy dari pihak UNPAK, serta Prof. Madya Rosle Mohidin dari pihak UMS.

Tempatkan Pekerja Sosial Di Sekolah Bagi Tangani Masalah Sosial Pelajar – Pakar UMS2025-08-13T07:32:34+08:002025-08-13T07:32:34+08:00/v5/ms/banner-link/17528-tempatkan-pekerja-sosial-di-sekolah-bagi-tangani-masalah-sosial-pelajar-pakar-umsMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Sudah tiba masanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian dengan menempatkan pekerja sosial di sekolah bagi menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar seperti kes buli, ponteng sekolah, ketidakupayaan belajar, kurang menghormati guru, dan masalah salah laku disiplin.

Demikian menurut Pakar Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS) 鶹Ƶ (UMS), Prof Madya Dr Peter Voo ketika mengulas insiden kematian seorang pelajar di sekolah di Sabah baru-baru ini.

Katanya, usaha mewujudkan pekerja sosial di sekolah adalah amat penting ketika ini kerana tugas mendidik menjadi semakin mencabar dan rumit disebabkan perlu melalui proses yang berperingkat yang melibatkan pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan.

“Peranan Pekerja Sosial Sekolah meliputi tugas advokasi, pencegahan, pemulihan dan penghubung.

“Advokasi dengan membela hak pelajar, khususnya yang berisiko seperti pelajar miskin, anak yatim, pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) mampu mencegah masalah sosial sebelum menjadi krisis.

“Ini turut mampu membantu pelajar pulih daripada masalah tingkah laku atau trauma dan menjadi jambatan penghubung antara sekolah, keluarga, dan agensi kerajaan,” katanya.

Menurutnya lagi, di kebanyakan negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, dan Singapura, pekerja sosial sekolah adalah sebahagian daripada pasukan sokongan pelajar bersama guru dan kaunselor di sekolah.

“Di Amerika Syarikat contohnya setiap daerah sekolah biasanya ada pekerja sosial sekolah sepenuh masa, manakala di Singapura, Skim “School Counsellor and Social Work Programme” menyediakan pekerja sosial yang ditempatkan di sekolah rendah dan menengah.

“Sekolah di Malaysia hanya mempunyai Guru Bimbingan dan Kaunseling, tetapi mereka sering terikat dengan tugas akademik tambahan.

“Ini berbeza dengan Pekerja sosial Sekolah kerana fokus mereka 100% kepada isu sosial, emosi, dan keluarga pelajar, dan mereka terlatih dalam pendidikan kerja sosial, termasuk pengurusan kes (case management) dan intervensi komuniti,” katanya.

Peter Voo turut menegaskan pendekatan tersebut dilihat mampu menangani isu kompleks yang memerlukan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis, atau hospital.

“Ini memberi kelebihan terhadap mengurangkan beban guru kaunseling sekiranya diwujudkan Pekerja Sosial Sekolah di sekolah-sekolah di Malaysia, khususnya dalam menangani isu buli, kemurungan remaja, dan masalah keluarga secara profesional.

“Pekerja Sosial Sekolah boleh menyokong pelajar berisiko supaya tidak tercicir daripada sekolah serta menyediakan rantaian bantuan antara sekolah dan agensi kerajaan yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, di UMS, program Kerja Sosial yang ditawarkan di FPKS telah melahirkan lebih 900 orang graduan terlatih dalam bidang kerja sosial sejak 2004 dan ramai dari graduan bidang kerja sosial UMS kini telah berkhidmat di hospital kerajaan dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sebagai pekerja sosial.

“Justeru itu, UMS bersedia untuk membantu kerajaan dalam mengisi keperluan sumber manusia dalam bidang kerja sosial kerana saban tahun UMS melahirkan graduan mahir dan terlatih dalam bidang ini,” ujar Peter Voo.

UMS Jadi Tumpuan Global, Terajui Wacana AI dan Inovasi Pendidikan di Persidangan Antarabangsa2025-08-13T01:31:48+08:002025-08-13T01:31:48+08:00/v5/ms/banner-link/17538-ums-jadi-tumpuan-global-terajui-wacana-ai-dan-inovasi-pendidikan-di-persidangan-antarabangsaMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) menjadi pusat perhatian dunia pendidikan apabila berjaya menganjurkan dua persidangan akademik berprestij antarabangsa iaitu The 19th International Conference on Knowledge Management In Organization (KMO2025) dan The 13th International Workshop On Learning Technology For Education Challenges (LTEC2025), baru-baru ini.

Penganjuran persidangan itu menghimpunkan penyelidik, ahli akademik dan pengamal industri dari dalam dan luar negara bagi membincangkan secara mendalam tema yang diketengahkan iaitu “AI and Learning Technologies in Education: Innovations and Challenges from Theory to Practice”.

Tema tersebut menumpukan peranan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkasa sistem pendidikan global menerusi pendekatan pembelajaran yang lebih bersifat inovatif, inklusif dan selari dengan perkembangan semasa dan transformasi pendidikan masa kini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata persidangan itu merupakan sebuah medan unggul untuk pertukaran idea dan kerjasama rentas negara yang memberi impak besar kepada masa depan teknologi pendidikan.

“Kita telah menyaksikan pertukaran ilmu, idea, dan inovasi yang luar biasa sepanjang persidangan ini. Usaha semua pihak telah berjaya mewujudkan platform terbaik untuk menyatukan dunia akademik dan industri serta mendorong perbincangan bermakna yang akan mencorak hala tuju pendidikan global.

“Sepanjang persidangan, pelbagai pembentangan kertas kerja, forum panel, bengkel serta ceramah utama telah dianjurkan, mencerminkan kepelbagaian pendekatan dan kepakaran antarabangsa dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan tersebut. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rossita Shapawi.

Kasim turut menjelaskan bahawa penggabungan AI dalam pendidikan perlu disertai dengan pendekatan beretika, berasakan nilai kemanusiaan dan menjaga akses seksama serta keselamatan data pelajar.

“Sebagai wakil institusi masing-masing, saya percaya setiap peserta akan membawa pulang inspirasi dan semangat baharu untuk memperkukuh sistem pendidikan di tempat mereka,” tambahnya.

Penganjuran KMO dan LTEC 2025 membuktikan komitmen UMS untuk terus berkembang menjadi hab pendidikan serantau yang mendukung inovasi dan kolaborasi global dalam bidang ilmu dan teknologi.

Persidangan tersebut menghimpunkan 78 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Taiwan, China, Thailand, Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afrika Selatan, serta beberapa negara Eropah seperti Slovakia, Slovenia, Poland, Itali, Finland, dan Colombia.

Hadir sama ialah Profesor Emeritus Dr. Lorna Uden (Pengerusi Persidangan KMO2025 & LTEC2025), Profesor Dr. Derrick I-Hsien Ting (Pengerusi Program KMO 2025), Profesor Dr. Dario Liberona (Pengerusi Program LTEC 2025), Profesor Madya Dr. Fauziah Sulaiman dan Dr. Nurliyana Juhan (Local Co-Chair, KMO/LTEC 2025).

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah Best Paper dan Best Presenter, penutupan persidangan, serta upacara penyerahan tuan rumah kepada penganjur tahun hadapan iaitu Slovenia.

JIWA 3.0 Perkasa Komuniti Luar Bandar dan Belia, Gilap Jiwa Sukarelawan Mahasiswa2025-08-12T03:15:10+08:002025-08-12T03:15:10+08:00/v5/ms/banner-link/17527-jiwa-3-0-perkasa-komuniti-luar-bandar-dan-belia-gilap-jiwa-sukarelawan-mahasiswaMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Program Jelajah Ilmu Watan 3.0 (JIWA 3.0): Borneo Relawan (BORELA) 2025 yang dilaksanakan oleh mahasiswa 鶹Ƶ (UMS) bersama rakan kolaborasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disifatkan sebagai platform penting untuk memperkasa komuniti khususnya masyarakat luar bandar dan belia melalui pendekatan holistik.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata, program ini merangkumi enam pilar utama iaitu Pendidikan, Kesihatan, Keusahawanan, Transformasi Digital, Ketahanan Iklim serta Perpaduan dan Komuniti yang akan memberi manfaat terus kepada masyarakat di empat zon pelaksanaan iaitu Nabawan, Kalabakan, Betong dan Asajaya.

Kasim dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa program tersebut bukan sekadar program biasa namun ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami makna sebenar sukarelawan serta membina empati terhadap ujian dan permasalahan dalam kalangan masyarakat.

“JIWA 3.0 adalah tentang keberanian untuk turun bersama masyarakat, memahami realiti kehidupan sebenar mereka dan mencipta perubahan yang bermakna,” katanya.

Tambahnya, melalui aktiviti sukarelawan dan pemberian maklumat yang benar, ia mampu meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat sekaligus menambah ilmu dan kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang kepentingan mempunyai jiwa sukarelawan.

Program Jelajah Ilmu Watan 3.0 (JIWA 3.0): Borneo Relawan (BORELA) 2025 berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori 鶹Ƶ baru-baru ini.

Ia menghimpunkan seramai 122 peserta yang terdiri daripada 62 mahasiswa UMS, 30 mahasiswa UNIMAS dan 30 mahasiwa dari UPSI.

Inspirasi Varsiti 2025 Cerminan Pimpinan Masa Depan Universiti dan Negara – Naib Canselor UMS2025-08-11T01:18:36+08:002025-08-11T01:18:36+08:00/v5/ms/banner-link/17514-inspirasi-varsiti-2025-cerminan-pimpinan-masa-depan-universiti-dan-negara-naib-canselor-umsMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor menyifatkan program Inspirasi Varsiti 2025: Selangkah ke Menara Gading (SEMEGA) sebagai satu pentas pembangunan kepimpinan mahasiswa yang mengangkat nilai empati sosial, komunikasi efektif dan kecekapan pengurusan sebagai ciri utama pemimpin masa depan.

Dalam ucapan perasmiannya sempena Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa SEMEGA, beliau menyifatkan program tersebut bukan sekadar program tahunan mahasiswa, namun merupakan sebuah latihan kehidupan sebenar yang akan mempersiapkan mereka dalam mendepani cabaran dunia luar.

“Program SEMEGA bukan sekadar program biasa, ia memberi ruang kepada mahasiswa untuk menjadi pemimpin yang berjiwa masyarakat, membina rasa tanggungjawab, serta membentuk nilai kepimpinan yang berteraskan etika,” katanya.

Kasim turut menegaskan bahawa pelajar universiti hari ini tidak lagi dinilai melalui pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga melalui kualiti kepimpinan yang holistik meliputi keupayaan komunikasi, empati sosial serta pengurusan organisasi yang menyeluruh.

“Watikah yang disampaikan dalam majlis ini merupakan simbol kepercayaan yang diberikan universiti terhadap kebolehan pelajar dalam memimpin dengan nilai, bekerja dengan etika, dan untuk berfikir melangkaui batasan.

“Ia bukan sekadar persediaan untuk program, tetapi adalah latihan bagi mendepani realiti dunia pekerjaan dan dunia sebenar yang penuh cabaran,” ujarnya.

Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 itu telah berlangsung di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Azmi Jumat serta Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Yusuf Naim Muhammad Idris Lutfi.

UMS Perkukuh Peranan Serantau dalam Pendidikan Matematik2025-08-08T02:04:38+08:002025-08-08T02:04:38+08:00/v5/ms/banner-link/17504-ums-perkukuh-peranan-serantau-dalam-pendidikan-matematikMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa apabila menjadi tuan rumah bersama bagi Pertandingan Jemputan Antarabangsa Matematik Asia Pasifik 2025 (Final PAP 2025) yang berlangsung baru-baru ini.

Pertandingan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Hong Kong STEM (International Exchange) Association, Hong Kong Gifted Education Association, dan Macao Mathematic Olympics Association.

Pertandingan itu menghimpunkan seramai 53 peserta dari Hong Kong, Malaysia, China, Korea Selatan dan Macao untuk bersaing dalam cabaran matematik secara individu dan berkumpulan.

Peserta dari Malaysia telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan memenangi beberapa pingat individu serta pencapaian pasukan yang cemerlang, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Majlis penutupan Majlis Makan Malam Gala dan Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Beliau menekankan bahawa pertandingan tersebut bukan sekadar tentang angka, tetapi tentang nilai ilmu dan kreativiti yang merentas sempadan budaya.

“Matematik bukan sekadar nombor, ia adalah bahasa inovasi, logik dan penemuan. Melihat para pelajar kita mengaplikasikan prinsip ini dengan begitu cemerlang amat menginspirasikan.

“UMS beriltizam untuk terus menyokong pembangunan bakat muda dalam bidang STEM dan menjadikan Sabah sebagai pusat pertukaran ilmu global. Walaupun pertandingan telah berakhir, semangat pembelajaran dan kolaborasi yang dibina bersama akan terus berkembang,” katanya.

Kasim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini, termasuk penganjur antarabangsa, para pendidik, ibu bapa, juri, sukarelawan serta peserta yang telah menyemarakkan suasana pertandingan dengan semangat dan dedikasi tinggi.

“Keberadaan anda semua telah menjadikan Sabah sebagai pusat pertukaran akademik global yang amat meriah.

“Saya berharap para peserta dapat membawa pulang pengalaman yang indah serta memperkuat semangat persahabatan yang telah terjalin semasa pertandingan ini.

“UMS akan terus komited dalam menyokong pembangunan bakat muda dan memperkukuh peranan Sabah sebagai hab ilmu serantau,” katanya.

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UMS, Prof. Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee; Pengerusi the Association for Development of Professional Teachers, Dr. Lau Sau Ching Helen; Pengerusi Hong Kong Gifted Education Association, Cheung Hau Keung Frankie dan Pengarah Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS, Prof. Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Gansau.

UMS Teraju Revolusi Pembangunan Atlet Sabah Melalui Teknologi Genetik Dan Intervensi Data2025-08-07T08:32:44+08:002025-08-07T08:32:44+08:00/v5/ms/banner-link/17503-ums-teraju-revolusi-pembangunan-atlet-sabah-melalui-teknologi-genetik-dan-intervensi-dataMohd Affzanizam Mohd Amin (Seksyen Komunikasi Strategik, BPK)nizam88@ums.edu.my

鶹Ƶ (UMS) kini mengorak langkah sebagai peneraju dalam pembangunan sukan berasaskan teknologi dengan memperkasakan pendekatan analisis genetik dan data kesihatan dalam pematauan prestasi serta pembangunan atlet sabah.

Inisiatif ini dinyatakan semasa lawatan rasmi Perbadanan Sukan Sarawak ke UMS di Pusat HEAL, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), baru-baru ini.

Pendekatan ini dijangka mampu mengubah landskap pemilihan atlet di Sabah melalui program pemantauan fizikal berdasarkan analisis saintifik termasuk daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, pergerakan fungsional, dan keseimbangan postur.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata UMS bersedia menjadi pusat kecemerlangan sukan serantau melalui kemudahan seperti Hospital Pengajar UMS (HPUMS) dan penyelidikan berimpak tinggi di bawah unit Healthy Through Active Living (HEAL).

“UMS kini sedang giat membangunkan HPUMS yang bakal menjadi pusat rujukan kesihatan moden bukan sahaja untuk Sabah dan Borneo, tetapi juga untuk rantau Asia Tenggara.

“Menariknya, Heal juga telah memulakan inisiatif penyelidikan yang signifikan iaitu pembangunan sistem Talent Identification (Talent ID) berasaskan analisis genetik yang bertujuan untuk mengenal pasti potensi atlet sejak awal,” katanya.

Tambah Kasim melalui pendekatan tersebut juga, kumpulan penyelidik HEAL yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. D. Maryama akan berusaha mengenal pasti potensi bakat sukan dari peringkat awal.

“Ia sekaligus berpotensi besar untuk meningkatkan Pembangunan bakat sukan terutama bagi komuniti luar bandar yang sering berdepan keterbatasan akses kepada kemudahan latihan dan pengesanan bakat konvensional,” tambahnya lagi.

“Lawatan rasmi ini dilihat bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan baik antara dua negeri serumpun Sabah dan Sarawak, malah ia juga mampu membuka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan sukan, latihan profesional, penyelidikan klinikal sukan serta kesihatan komuniti,” tambahnya.

UMS juga menyatakan keterbukaan untuk menjadi rakan strategik kepada Perbadanan Sukan Sarawak dalam menjayakan agenda pembangunan atlet dan kesejahteraan komuniti berasaskan sains dan teknologi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak dan Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Khairul Nizam Morshidi.