Âé¶¹ÊÓÆµ

Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Âé¶¹ÊÓÆµ

Cetak

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 Universiti Malaysia Sabah

Ìý

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Ìý

Sukacita dimaklumkan, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dijemput untuk memohon menyertai program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Cadangan Tarikh : 3-8 Ogos 2020 (Isnin-Sabtu)

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Ìý

Untuk makluman, Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum

Ìý

Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

Ìý

Sehubungan itu, pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan dimohon untuk membuat permohonan mengikuti ÌýProgram Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 melalui pautan Google form iaitu sebelum atau pada 27 Julai 2020 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari dan keputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam Bin Abd Muttalib di sambungan 103337/013-8554373.

Ìý

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.