Pengumuman DaripadaÌý : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Pelawaan Cadangan Projek Geran; Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (Mylab)
Pegawai Dihubungi: Urusetia Penyelidikan;
- Jane Edwin Ading ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
- Marliana John ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
Ìý
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN CADANGAN PROJEK GERAN;
- MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Ìý
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan pembukaan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sepanjang tahun. Manakala proses penilaian permohonan pula hanya akan dilaksanakan pada bulan Mac dan September setiap tahun.
Ìý
Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;
MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB)
BIL | PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON | PAUTAN/ RUJUKAN | TARIKH |
1 | Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan MyLAB | Bermula dari tarikh pelawaan ini dikeluarkan | |
2 | Mengemukakan soft copy permohonan kepada pihak PPPI | Bahagian Pengurusan Inovasi, PPPI Ìý Urus Setia; Pn. Jane Edwin Ading Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Ìý Pn. Marliana John Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | Sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2020 |
3 | Penilaian Pertama | 8-12 Ogos 2020 | |
4 | Pembentangan oleh pemohon | 13 Ogos 2020 | |
Ìý | Mengemukakan soft copy penambahbaikan permohonan kepada pihak PPPI | 20 Ogos 2020 | |
5 | Penilaian Kedua | 20-24 Ogos 2020 | |
6 | Mengemukakan penambahbaikan danÌý hard copy permohonan lengkap kepada pihak PPPI -ÌýÌýÌýÌýÌýÌý Lima (5) salinan borang permohonan (hard copy) -ÌýÌýÌýÌýÌýÌý Soft copy borang permohonan berserta dokumen lampiran perlu disimpan di dalam CD/ pen-drive | 25 Ogos 2020 | |
7 | Penghantaran permohonan ke urus setia MyLAB oleh PPPI, UMS | MyLAB, BKPI, JPT, KPT | selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2020 |
Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.
Ìý
Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, dan terima kasih.
Daripada;
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI