Pengumuman Daripada:ÌýPusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Subjek:ÌýJemputan Menyertai Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak Bertajuk Secrets Of Good Scientific Paper Writing And Successful Publishing, Siri 2 Âé¶¹ÊÓÆµ Secara Atas Talian
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI SESI PERKONGSIAN ILMU DALAM PENERBITAN JURNAL BERIMPAK BERTAJUK SECRETS OF GOOD SCIENTIFIC PAPER WRITING AND SUCCESSFUL PUBLISHING, SIRI 2 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SECARA ATAS TALIAN.
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
- Adalah dimaklumkan bahawa, Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak, UMS bertajuk Secrets of Good Scientific Paper Writing and Successful Publishing, Siri 2 yang akan disampaikan oleh speaker jemputan iaitu YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia, akan diadakan pada ketetapan berikut;
Tarikh: 17 Julai 2020 (Jumaat)
Masa: 10:00 pagi - 12:00 tengahari
Kaedah:ÌýCisco Webex melalui pautan:
- Sehubungan itu, pihak PPPI dengan segala hormatnya menjemput YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama menyertai sesi perkongsian tersebut di atas. Kerjasama YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dipohon agar dapat mewar-warkan jemputan ini kepada kumpulan kakitangan akademik di bawah seliaan masing-masing.
- Sekiranya pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tajuk sesi perkongsian yang ingin diajukan kepada speaker berkenaan, mohon agar pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemukakannya kepada pihak urusetia iaitu Pn. Alizah Fadzlur melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Ìý sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Julai 2020 (Selasa).
- Kerjasama YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang ikhlas,
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Ìý