Âé¶¹ÊÓÆµ

Pengisian Laporan Kemajuan Geran Penyelidikan UMS Bil. 1/2020 Bagi Tempoh Bulan JUN Hingga DISEMBER 2019 Di Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)

Cetak

Pengumuman daripada:  Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Subjek:  Pengisian Laporan Kemajuan Geran Penyelidikan UMS Bil. 1/2020 Bagi Tempoh Bulan JUN Hingga DISEMBER 2019 Di Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

  1. Kerjasama pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan selaku Ketua Penyelidik yang mengetuai geran-geran penyelidikan UMS adalah dipohon untuk mengemaskini laporan prestasi projek penyelidikan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPPI) (ppi.ums.edu.my) bermula pada 6 hingga 31 Januari 2020 bagi geran-geran penyelidikan seperti yang berikut:
    a. Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SPBK);
    b. Skim Geran Inovasi (SGI);
    c. Skim Lantikan Pensyarah Baru (SPLB);
    d. Skim Penyelidikan Insentif PhD (SGPhD);
    e. Skim Dana Khas (SDK);
    f. Skim Dana Nic (SDN);
    g. Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat);
    h. Geran Kolaborasi Penyelidikan UMS dengan Institusi Luar (GKP);
    i. Geran Penyelidikan Pendidikan (GPP); dan
    j. Dana Penyelidikan Pascadoktoral (PRF).

Dilampirkan bersama ialah user manual untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Sebarang isu/masalah teknikal sistem, bolehlah diemelkan terus kepada pihak pembangun sistem (u.p. Cik Rozaidah Mohd Yusop),ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

(.pdf)