Âé¶¹ÊÓÆµ

Pelawaan Untuk Permohonan Collaborative Research Program (CRP) Di Bawah International Centre For Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) Research Grants 2020

Cetak

Pengumuman Daripada:ÌýPengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Subjek:ÌýPelawaan Untuk Permohonan Collaborative Research Program (CRP) Di Bawah International Centre For Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) Research Grants 2020

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan IklimÌý(MESTECC) merupakan ahli kepada ÌýInternational Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB).ÌýUntuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan, ICGEB telah membuka permohonan bagiÌýCollaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research GrantsÌýdanÌýCRP-ICGEB Early Career Return GrantsÌýÌýbagi tahunÌý2020.ÌýFokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
    1. BASIC LIFE SCIENCES;
    2. HUMAN HEALTHCARE;
    3. INDUSTRIAL & AGRICULTURAL BIOTECHNOLOGY; DAN
    4. BIOENERGY
  2. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syaratdan kelayakan permohonan bagiÌýpembiayaan yang ditawarkan boleh dilayari melalui url laman sesawang berikut;Ìý.
  3. Berhubung perkara ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan yang berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (di Lampiran) yang lengkap (dalam bentukPDF File) kepada MESTECC melalui emel kepadaÌýDr. Fatin Zahidah Binti Abdul Aziz;ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ÌýÌýdanÌýturut disalinkan (cc) kepadaÌýSekretariat ICGEB ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ÌýÌýserta Puan Sabrina Binti Kamin;ÌýAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ÌýÌýselewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2020 (Khamis).
  4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

(.pdf)

(.docx)

(.pdf)