Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Makluman Peralihan Kepada Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU)-Kewangan Bagi Âé¶¹ÊÓÆµ
Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS), selaras dengan transformasi ke arah Universiti Industri 4.0, maka UMS sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran UMS. SMBU-Kewangan adalah merupakan salah satu kluster di dalam SMBU dan akan mengantikan Sistem Kewangan sedia ada di UMS termasuklah Sistem SAGA-Century, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan. SMBU-Kewangan dijangka akan mula digunapakai mulai 01 Mac 2018.
Bagi tujuan peralihan data sistem sedia ada ke SMBU, capaian Sistem SAGA, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan akan digantung bermula pada 16 sehingga 28 Februari 2018.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan,
dipohon memastikan semua urusan dan dokumentasi berkaitan kewangan seperti Lampiran A hendaklah diselesaikan dan dikemukakan ke Zon Operasi Kewangan J/F/P/I/U masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Februari 2018 (Selasa) jam 3.30 petang.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pegawai Bendahari di Zon Operasi Kewangan masing-masing ataupun kakitangan Sektor Pengurusan Sistem Maklumat Kewangan & Perakaunan, Jabatan Bendahari berikut:
Cik Saini Binti Mohilap
Penolong Bendahari
No Tel: 088-320000 samb. 1096
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Ikhwan Bin Edinin
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 3295
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian. Terima kasih
BIL | Modul | Aktiviti | Tarikh akhir |
1 | Aktiviti Bayaran | Kemukakan bil, inbois atau tuntutan daripada pembekal dan kakitangan | 13/2/2018 (3.30 petang) |
Tuntutan pendahuluan kakitangan | 13/2/2018 (3.30 petang) | ||
Kelulusan Tuntutan perjalanan Sistem i-Claim (Fungsi PTJ) | 13/2/2018 (3.30 petang) | ||
2 | Aktiviti Perolehan | Permohonan Perolehan Pembelian Terus, Sebut harga B, Sebut harga A dan Tender | 13/2/2018 (3.30 petang) |
3 | Aktiviti Kutipan | Tarikh akhir mengemukakan permohonan inbois | 13/2/2018 (3.30 petang) |
4 | Aktiviti Akaun Amanah Penyelidikan | Kemukakan permohonan pembukaan akaun amanah/subkod ke Jabatan Bendahari/ZOPPIP/ZHEPA | 13/2/2018 (3.30 petang) |
Lampiran A : Tarikh-Tarikh Penting Peralihan Sistem SAGA ke SMBU-Kewangan
Surat Makluman Peralihan Kepada Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU)-Kewangan bagi Âé¶¹ÊÓÆµ (.pdf)
LAMPIRAN A (.pdf)