Pengumuman Daripada | : Seksyen Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar |
Kepada | : Kakitangan Akademik Âé¶¹ÊÓÆµ |
Subjek | : Iklan Kekosongan Bagi Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Âé¶¹ÊÓÆµ |
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti ini dengan mengemukakan:
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2017 (Khamis) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Iklan TNC P&I (.pdf)
Format CV (.pdf)