PENGUMUMAN DARIPADA | : JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH |
SUBJEK | : GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) |
PEGAWAI DIHUBUNGI | : CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362) |

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
3. Gotong-royong Perdana yang melibatkan aktiviti Sisih akan diadakan pada 19 September 2016 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di peringkat Jabatan/ Fakulti/ Pusat / Institut / Unit masing-masing.
4. Setiap ketua zon dikehendaki mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti gotong-royong tersebut dilaksanakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Earlene Kasamira (013-852 9292) atau Puan Nurul Izza (013 8500 362).
Kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.