Ìý
Pengumuman Daripada:ÌýPusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Ìý

UMS telah membentuk satuÌýDasarÌýKKP.ÌýDasarÌýini menunjukkan kepimpinan serta komitmen yang tinggi terhadap pencegahan kemalangan dan permasalahan kesihatan, pencapaian serta penambahbaikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) dan ianya menyediakan suatu kerangka dalam mengadakan dan menyemak semula Objektif dan ProgramÌýKKP.
UMS ke arah pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS) ISO39001:2013 pada tahun 2025 bagi membolehkan UMS mewujudkan, melaksana, mengemaskini dan menambahbaik RTSMSÌýyang merangkumi proses yang diperlukan dan interaksi Sistem pengurusan tersebut mengandungi elemen-elemen utama iaitu Dasar KKPÌýdan Trafik Jalan Raya (OSH&RTS), perancangan, pelaksanaan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan berterusan.Ìý
Naib Canselor UMS hasil perbincangan dan perundingan dengan pihak kakitangan dan wakilnya melaluiÌýMesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-UMS) Bil. 3/2025 pada 12 November 2025 telah bersetuju mengemaskiniÌýDasarÌýKKPÌý(SemakanÌý5/2022) kepada Dasar OSH&RTS (Semakan 6/2026) yang:
Ìý
Menegaskan komitmen bagi mewujudkan keadaan kerja yang selamat dan sihat bagi mencegah kecederaan dan kesan kesihatan;
Menyediakan asas bagi membangunkan Objektif dan ProgramÌýKKP serta Objektif san Sasaran RTS.
Merangkumi komitmen kepada pematuhan keperluan perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan;
Merangkumi komitmen dalam menghapuskan hazard dan mengurangkan risikoÌýKKP serta risiko keselamatan trafik jalan raya;
Merangkumi komitmen untuk menambahbaik secara berterusan SPKKP dan RTSMS;
Merangkumi komitmen dalam perundingan dan penyertaan kakitangan untuk terlibat aktif dalam semua elemen SPKKP serta penyelarasan kepada kakitangan dan pihak berkepentingan.
Ìý
Dasar OSH&RTS UMS juga:
Didokumentasikan sebagai dokumen
Dikomunikasikan kepada semua kakitangan;Ìý
Dikomunikasikan kepada pihak berkepentingan;Ìý
Dikemaskini agar ia relevan dan bersesuaian dengan konteks organisasi.