Ìý
Pengumuman Daripada:ÌýPusat Islam UMS
Ìý
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Ìý
PERMOHONAN SUMBANGAN BERBUKA PUASA SEMPENA SAMBUTAN IHYA RAMADAN PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 1446H/2025M
Ìý
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Ìý
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Âé¶¹ÊÓÆµ (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 1446H/2025M. Pusat Islam UMS akan mengadakan program iftar (Berbuka Puasa) untuk pelajar, kakitangan dan orang awam di Masjid UMS dengan anggaran seramai 200 jemaah akan menghadiri majlis berbuka puasa pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2,000.00 sehari.
Ìý
3.    Sehubungan dengan itu, jasa baik dan perhatian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dipohon agar memberikan sumbangan berbuka puasa untuk menjayakan program sepanjang bulan Ramadan bagi tahun ini. Bersama-sama dengan ini, disertakan poster sumbangan iftar dan Ìýborang sumbangan berbuka puasa di pautan iniÌýÌýuntuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan borang dan jadual tersebut bolehlah menghubungiÌýUstaz Binik Majuril di talian 088-320000-sambungan 203200/HP: 019-8737704/013-8728323.
Ìý
Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada AllahÌýS.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan ramadhan.
Ìý
Sekian.