Ìý
Ìý
Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan dan Sunting UMS
Ìý
Ìý
Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
Ìý
Unit Terjemahan dan Sunting UMS (UTUMS) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menawarkan Kursus Asas Penterjemahan (Intensif) khas untuk staf UMS sahaja (pentadbir dan akademik) mengikut ketetapan berikut:
Ìý
Tarikh: 23-28 September 2024 (Isnin-Sabtu)
Masa: 9.00 pagi-5.00 petang
Mod kursus: Dalam talian (Online)
Bahasa terjemahan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Yuran: RM1000.00 seorang (bahan pembelajaran dan sijil)
Tarikh tutup pendaftaran: 18 September 2024 (Rabu)
Ìý
Sorotan kursus:
- Asas, teori dan teknik penterjemahan
- Bahasa Melayu dalam terjemahan
- Penterjemahan teks umum
- Penterjemahan teks sains sosial
- Penterjemahan teks sains teknologi
Ìý
Kursus akan dijalankan oleh penatar ITBM yang berpengalaman.
Ìý
Maklumat pembayaran kepada ITBM:
- Pindahan wang secara dalam talian
- Pesanan kerajaan (LO)
- Deposit mesin
- Cek tunai
Ìý
Pautan pendaftaran:
Ìý
Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:
Dr. Wendy Hiew (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Dr. Rose Patsy Tibok (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)