Pengumuman Daripada:Pusat Komunikasi Korporat
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM “SEE ME OSH@UMK 2.0 TAHUN 2024” UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) akan menganjurkan Program “See Me OSH@UMK 2.0 Tahun 2024. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program bermula bulan 09 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April dan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan pada minggu kedua bulan Julai setiap tahun.
3. Antara aktiviti yang dianjurkan ialahPertandingan Virtual Run, Pertandingan Poster Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)danPertandingan Video Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).Maklumat lanjut berkaitan program/ pertandingan sepertimana poster yang dilampirkan.Sehubungan itu, pihak CMeOSH UMK menjemputYBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,untuk menyertai serta mewar-warkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini.
4. Bersama – sama ini juga dilampirkan poster aktiviti untuk perhatian pihak YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut dan maklum balas berhubung perkara ini boleh hubungi Puan Norhidayu binti Noruddin ditalian 09-7797773/ 11315 atau melalui emelAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.