Âé¶¹ÊÓÆµ

Kidney Run 2022

Cetak

Ìý

Pengumuman Daripada: Hospital Âé¶¹ÊÓÆµ (HUMS)

Kidney Run merupakan inisiatif Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan HUMS bersama Pusat Dialisis HUMS bagi memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan dan orang awam.

Objektif utama Kidney Run 2022 adalah untuk mendapatkan dana bagi tujuan penyaluran bantuan kebajikan kepada pesakit yang membuat rawatan di Pusat Dialisis UMS-YKN dalam kalangan kategori B40 dan kategori tidak mampu membayar kos rawatan selain memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat sekitar.

Maklumat program adalah seperti berikut:

TarikhÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : 3 Disember 2022 (Sabtu)

MasaÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : 6.00 pagi

TempatÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý : Padang Kawad, UMS

KategoriÌýÌýÌýÌýÌýÌý : 1) 3KM Fun Run

Ìý 2) 10KM (terbuka & veteran)

Setiap peserta akan mendapat sehelai t’shirt, bib larian serta medal. Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori 10KM akan memenangi hadiah wang tunai💸💸

Link Pendaftaran:

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia di talian 088320797.