麻豆视频

Hebahan Pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Persaraan Dan Faedah Persaraan Versi 1.0 (2022) Di 麻豆视频 Dan Pelaksanaan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Di 麻豆视频

Cetak

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

(.pdf)

SUBJEK :

馃搷 HEBAHAN PEMAKAIAN PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN VERSI 1.0 (2022) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

馃搷PELAKSANAAN PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa,听 pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) - Persaraan Dan Faedah Persaraan Versi 1.0 (2022) telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 2/2022 (104) pada 28 Februari 2022. Kelulusan ini adalah berkaitan pengumpulan cuti rehat sehingga maksimum 160 hari dan penebusan awal award gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 80 hari bagi kakitangan yag layak serta memenuhi syarat.

2. Sehubungan itu, dimajukan bersama ini infografik berkenaan pemakaian pekeliling dan syarat-syarat penebusan awal GCR. Turut dikongsikan adalah pautan kepada pekeliling dan garis panduan untuk rujukan selanjutnya:

鉁 Garis Panduan dan Borang Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

鉁 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Pencen) versi 1.0 (tahun 2022)

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan hebahan ini di peringkat JAFPIB masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan lanjut:

Unit Cuti dan Kehadiran, Seksyen Perkhidmatan

馃捇馃摠 e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

馃尪锔忦煋 Hotline BSM: