Ìý
Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Ìý
(.pdf)
Ìý
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Ìý
JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL KEFAHAMAN DAN PENGAJARAN AKIDAH BERSAMA AL-FADHIL USTAZ RAJA AHMAD MUKHLIS BIN RAJA JAMALUDDIN
Ìý
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Ìý
2. Adalah dimaklumkan bahawa objektif bengkel tersebut di atas adalah seperti berikut :
a) Memberikan kefahaman yang jelas kepada para Da’ie di negeri Sabah terhadap akidah yang benar dan mudah difahami mengikut perkembangan semasa;
b) Menerangkan kaedah yang sesuai bagi para Dai’e untuk mengaplikasikan pemahaman akidah dalam kehidupan masyarakat Islam di negeri Sabah;
c) Mewujudkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan kakitangan awam di Negeri Sabah khususnya kepada para pendakwah;
Ìý
3.Bengkel tersebut akan diadakan seperti dalam cadangan berikut:
Ìý
TarikhÌý | 12 – 13 Mac 2022 (Sabtu – Ahad) |
MasaÌýÌý | 8.00 Pagi – 10.00 Malam |
Tempat | Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Islam UMS dan Secara Dalam Talian (Bergantung dengan SOP semasa) |
Penceramah | YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin |
Jum. Mata IDP | 10 Jam |
Ìý
4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel tersebut di atas (terhad untuk 30 orang sahaja). Bersama dengan ini disertakan borang penyertaan atau pendaftaran melalui pautan () untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 04 Mac 2022 (Jumaat).
Ìý
5. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Mahmud Mahanis (019-852 8404) atau Ustaz Khairul Anuar Bin Jali (016-616 4947).
ÌýÌý
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Ìý
Ìý
Ìý
Sekian.