Ìý
Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS
Ìý
Ìý
Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syaratÌýWAJIBÌýpengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
Ìý
(a) kakitangan lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) kakitangan dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum
Ìý
Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):
(a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau
(b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau
(c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu
Ìý
Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2021 adalah melalui pautanÌýGoogle formÌýiaituÌýÌýsebelum atau pada 16 Julai 2021 (Jumaat) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari danÌýkeputusan kelayakan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2021 akan dimaklumkan oleh pihak urusetia program.ÌýSebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd. Nizam BinÌýAbdÌýMuttalib di sambungan 103337/013-8554373.
Ìý
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.