麻豆视频

UMS Kongsi Ilmu Melalui Rentas Borneo

Print
Rentas Borneo 14ISNIN, 24 MAC - Sebanyak 20 pacuan empat roda menyertai Rentas Borneo anjuran 麻豆视频 (UMS) telah memulakan siri jelajah Sabah pagi tadi.
Dalam ucapan aluan pada majlis pelancarannya, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata; pogram tersebut seiring dengan sambutan ulang tahun UMS yang ke-20 pada tahun ini sekali gus bertujuan mempromosi universiti kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.
鈥淧ara peserta akan melalui jalan darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang akan ke destinasi yang telah dikenal pasti iaitu Nabawan, Tanjung Labian dan Beluran. Rombongan kita disertai oleh Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS dan Kelab Pacuan Empat Roda Kota Kinabalu dengan dilengkapi peralatan keselamatan, pelekat dan bendera yang menonjolkan imej 麻豆视频,鈥 ujarnya lagi. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.
Menurut Datuk Dr. Harun, objektif utamanya adalah menyebarkan maklumat mengenai penawaran kursus-kursus di UMS secara terus kepada masyarakat pedalaman Sabah.
Selain itu katanya, ia sebagai aktiviti amal dan khidmat masyarakat melalui khidmat doktor perubatan secara percuma di lokasi persinggahan di samping mempamerkan budaya 1Malaysia melalui aktiviti kebudayaan daripada kumpulan kebudayaan pelajar-pelajar UMS.
鈥淪aya yakin aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mempromosikan UMS kepada masyarakat di pedalaman Sabah tetapi juga mendekatkan warga universiti kepada masyarakat luar,鈥 tambahnya lagi.
Rentas Borneo yang mengambil masa selama tujuh hari itu telah sempurna dilancarkan oleh听Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid di Dataran Dewan Canselor. 鈥揝厂


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori